Friday, July 13, 2012

Cubaan menulis kali pertama

Ini merupakan catatan yang pertama untuk blog ini. Sebenarnya aku tidaklah berapa pandai untuk menulis blog.. nak berkongsi pengalaman hidup pun tak banyak mana... nak berkongsi cerita hidup pun tak sehebat mana... jadi apa yang aku nak tulis?

Tulis banyak-banyak pun siapa yang nak baca? aku bukannya artis atau selebriti yang tiap perkara yang dibuat ingin diketahui oleh semua orang... kalau artis pergi minum di warong pun semua orang nak tahu... ini pula aku yang kalau makan di hotel terkemuka..tiada siapa pun nak ambil tahu.

Gambar ini hanya cuba-cuba nak letak... sebab ini ajelah gambar aku yang ada di laptop masa pertama kali cuba untuk menulis.

Sedikit cerita dari gambar ini... gambar ini diambil semasa aku konvokasyen dari UTM sekitar tahun Ogos 2007 di bidang Master Management ( Teknologi). Ketika ini isteri ku sedang mengandung anak ke empat ( sekarang anak ku ini bernama Aina Irdina sudah berusia 4 tahun 6 bulan). Amat keletah anak ini dan sering membuat aku sentiasa terhibur melihat keletahnya yang tidak putus-putus ingin bertanya soalan-soalan kepada ku.

Inilah catatan pertama ku. Penulisan ini bakal menjadi sejarah penulisanku di alam maya. Selama ini hanya membaca penulisan orang lain. TAhniah kepada diri sendiri yang akhirnya cuba menulis dalam blog... walaupun aku tahu tiada siapa yang sudi untuk membacanya