Saturday, November 9, 2013

Bangkok: Kota Mencabar Keimanan

Di Stesyen BTS  Nana. BTS ialah Bangkok Mass Transit System (BTS).  Rasanya sistem MRT mereka lebih efisyen dari KL kerana rel LRTnya 2 tingkat (atas bumi)  dan tempat pertukaran underground  berdekatan. Bagi mengisi masa lapang, aku naik dari hujung stesen ke hujung stesen semua laluan.
November 2013- Sekali lagi aku berkesempatan ke Bangkok yang hanya mengambil masa penerbangan 2 jam  dari KL (lagi dekat daripada Sabah). Ini merupakan kali ke 2 aku menjejakkan kaki di Bangkok, kali pertama sekitar 7 tahun lepas bersama isteri. Kali aku berseorangan kerana ada urusan kerja. Pengalaman pertama ke Bangkok amat membantu aku untuk mencari lokasi penginapan dengan makanan halal yang mudah di Bangkok.

Masjid ini terletak di hadapan hotel. Bangunan Masjid ini adalah sebuah Hotel, namun satu aras dijadikan Masjid. Aku sempat solat berjemaah Maghrib setibanya di Kota Bangkok.
Memang sengaja aku menempah Hotel di kawasan Arab-Bangkok iaitu Sukhumvit Soi 3 (Soi bermaksud Lorong), berdekatan dengan stesen BTS Nana. Memang strategik lokasi ini, hanya 2 station ke Siam (Siam adalah pusat Bangkok, seperti KLCC di KL)  dan jalan Sukhumvit adalah antara jalan Utama di Bangkok dan merupakan jalan terpanjang di Thailand. Kawasan Soi 3 ini memang majoritinya adalah Arab dan Afrika Utara. Kedai makanan dan jualan di kawasan ini dikuasai oleh peniaga Arab dan hampir semua restoran dan penjaja adalah halal. Tulisan signage di kawasan ini adalah tulisan Arab dan English. Tulisan Thai hanya kecil sahaja.

Walaupun begitu, kawasan ini tidak dapat lari dari bisnes utama waktu malam di Bangkok. Keluar sahaja dari lorong arab, sudah menunggu wanita-wanita yang berpakaian seksi memanggil-manggil untuk menawarkan servis. Bilangan mereka  ramai dan kalau dicampur dengan wanita yang menawarkan khidmat urut,... FUHH! sesuatu suasana pesta memanggil-manggil pelanggan yang sememangnya tidak dapat dilihat di Malaysia!

Tidak ada pub di kawasan Arab, tapi tempat urut (massage) dan salon banyak sekali dikawasan ini. Urut Thai memang antara yang terkenal didunia dan  pastinya semua pelancong akan mencuba urutan di pusat-pusat urut yang bersepah-sepah dimerata tempat. Pelancong perlu memilih tempat yang betul-betul hanya menawarkan urutan... awas jangan tersalah masuk. Kalau tersalah masuk, perangkap dosa cuba digoda! Namun kebanyakkan pusat urut adalah secara terbuka (dinding cermin dan tiada tirai)  dan  pekerja mereka berpakaian sopan dan ramai  pekerja urut adalah lelaki. Bagi wanita pula disediakan bilik khas. Harga urutan kaki hanya dari RM25 sejam dan cukup berbaloi...aku pun mencuba dan memang melegakan kaki ku yang keletihan berdiri dan berjalan seharian kerana bertugas di booth. Entahlah... memang kaki aku cramp semasa hari pertama di Bangkok. Mungkin kerana terlalu teruja berjalan-jalan window shopping dikawasan sekeliling Sukhumvit & Siam.

Bangkok memang Raja Dosa... terlalu mudah untuk buat dosa.
Keluar sahaja dari kawasan Soi Arab, 'mereka' amat berani menegur anda dengan suara yang menggoda untuk seperti "hi darling, you alone?" "Happy hour" . Bukan wanita sahaja yang menegur, malahan pemandu tuk-tuk, pemandu teksi, peniaga jalan adalah agen-agen  untuk mencari pelanggan. Di tangan mereka memegang gambar-gambar untuk dipilih... Huh! Perjalanan aku  ke stesen BTS memang mencabar keimanan walaupun hanya sejauh 300 meter sahaja. Tambahan lagi, sepanjang perjalanan menuju ke Hotel, terdapat penjaja kaki lima yang secara terbuka menjual toy sxx, pil kuat , DVD luxxh... Kalau di Malaysia dah lama kena kejar dengan DBKL, tapi di Bangkok, mereka ada lesen dan boleh berniaga di kali lima secara sah diwaktu malam walaupun menjual barang xxx.

Sebelum ini aku hanya tahu Sukhumvit ada kawasan Arab-Bangkok, rupa-rupanya kawasan ini juga salah satu kawasan 'Entertainment' terkenal  kerana amat banyak pub, clubs dan begitu popular dikalangan expatriat dan  pelancong asing. Besar rupanya kawasan Sukhumvit ni. Banyak hotel dari 5 star hingglah ke hotel bajet dan kondominium  menggunung disekeliling Sukhumvit Road dan kawasan ini memang happening dan trafik jam pun teruk. Pub ini bukan sekadar di bangunan-bangunan, malahan di tepi jalan pun ada van-van yang menghias  seperti kereta berhias dan menjual minuman alkohol berserta muzik yang rancak.... aku anggap  van ini 'van hantu'

Mahboonkrong (MBK) salah satu shopping center yang terbesar di Bangkok dan dipenuhi oleh Pelancong Asing.
Ada surau, makanan halal di mall ini.

Sesuatu perkara yang disukai oleh pelancong ialah menjamu mata untuk membeli belah... aku akui memang suka window shopping, tapi aku tidak suka membeli melainkan barang tersebut merupakan keperluan. Satu kepuasan melihat barang di peragakan, namun satu keperitan apabila kita nak membayarnya. Namun,  duit lebih mudah mengalir jika kita adalah pelancong. Jadi apa yang aku biasa  buat, aku hanya menukar duit cukup-cukup untuk makan, tambang dan penginapan.   Apa pun aku back-up dengan mengaktifkan card ATM dan kad kredit diluar negara supa jika ada kecemasan, bolehlah menggunakannya.

Walaupun Islam minority, ada juga Bank Islam Thailand. Bank ini di kawasan Arab -Bangkok
Tidak sahlah kalau ke Bangkok tidak menyusuri Menam Choa Phraya. Aku hanya dikenakan bayaran tambang RM2 sahaja untuk perjalanan hampir 20 mint (sehala) untuk ke Asiatique Riverfront dari BTS Saphan Taksin.( Sathorn pier)

Menam Choa Pharya adalah sebuah sungai yang besar, malahan terdapat perlabuhan darat di Bangkok wlpun jarak Bangkok ke laut sekitar 100km. Menyusuri Sungai Choa Phraya adalah satu kemestian bagi pelancong kerana anda dapat menikmati permadangan Kota Bangkok dari perspektif yang berbeza. Memang dikiri dan kanan Choa Phraya adalah bangunan-bangunan yang tinggi malahan Grand Palace terletak di tepi Sungai ini. Terdapat beberapa operator yang sentiasa bergerak membawa pelancong untuk menyusuri sungai ini dan terdapat pelbagai  pakej yang disediakan seperti menikmati makan sambil belayar, pertunjukan kebudayaan malahan ada juga  pub atas feri semasa belayar....


Chatucak merupakan pasar mingguan  sebesar 3 padang bola yg hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad sahaja. Naik BTS  boleh dan naik MRT pun boleh. Aku pergi naik underground MRT dan balik naik BTS.

Berhampiran Hotel

Jika aku diberi pilihan lagi untuk melancong dalam lingkungan 2-3 jam penerbangan, sudah pasti aku akan memilih Bangkok.  Selain dari perbezaan budaya, bahasa dan agama, Bangkok memang mempunyai keunikkan tersendiri yang aku merasakan perjalan tersebut lebih berbaloi jika dapat mempelajari sesuatu yang baru berbanding dengan Kota Kinabalu yang kita mempunyai persamaan hampir 80% dari keadaan di Semenanjung. Sama juga dengan Indonesia... aku boleh bercakap dalam bahasa Melayu yang boleh difahami oleh semua penduduknya. Tapi kalau ke Ho Chi Minh atau Cambodia, maka calculator merupakan alat komunikasi utama untuk membeli belah... tentulah seronok bila kita boleh menyumpah peniaga kalau tidak dapat harga yg kita setujui.  ha..ha..ha...


Cabaran lain sebagai muslim ialah untuk beristinjak, solat dan mencari makanan halal adalah cabaran yang tidak kurang hebatnya. Cabaran inilah yang aku suka!... apapun jangan lupa bawa botol kosong kalau ke toilet!

Link untuk catatan Pengembaraan   Bangkok 7 tahun lepas di sini  http://www.syazlitahir.blogspot.com/2013/08/bangkok.html

Gambar untuk tatapan:
Tuk-Tuk xtra large
Basikal bawa dlm train.. patut kayuh!
Eye of Bangkok ( Bangkok Wheel)
Rambang mata  di MBK Mall
Kedai yang hanya jual produk Halal di Soi 3 (dekat Hotel)
Di Grand Palace bersama isteri ketika melancong ke Bangkok 7 tahun lepas 





Friday, October 4, 2013

52 tahun menunggu: Kuota Haji adalah Syarat Wajib Haji

Masjidil Al Haram pada musim Haji tahun 2016

Oktober 2013- Bila tiba musim haji, aku pun mula mencongak giliran aku untukdi dijemput menjadi tamu Allah swt. Ketika  mendaftar haji pada tahun 2007, Tabung Haji menjangkakan aku  akan menunaikan haji pada tahun 2017. Ini bermakna, aku perlu menunggu 10 tahun  untuk menunaikan ibadah haji ketika mendaftar masa tersebut.

(Update 2016: Alhamdulillah,.. aku telah menerima surat dari TH sebagai calon terpilih untuk tahun 2016.. Ya Allah, semoga aku menjadi tetamuMu yang istimewa, sangat-sangat istimewa dan permudahkanlah urusan menunaikan fardhu haji)


Inilah kad pengenalan diri di Mekah. Passport disimpan oleh Muassasah. Kad ini juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang akaun TH di Mekah.

Baru-baru ini aku mendaftarkan anakku yang baru berusia 1 tahun 6 bulan untuk menunaikan haji. Sesuatu yang telah aku jangkakan dan sering diceritakan oleh rakan-rakan, anakku dijangkan pergi tahun 2065 iaitu lagi 52 tahun barulah gilirannya menunaikan haji. Ini beerti ketika itu anakku akan berusia 54 tahun (jika dipanjangkan umur)
Umrah bersama keluarga pada tahun 1999
Cuba bayangkan senario kisah benar ini:

a) Aku daftar haji tahun 2007 - perlu tunggu 10 tahun ( Update: Syukur.. aku & isteri dipilih menjadi tetamuNya tahun 2016)
b) Daftar haji untuk anak tahun 2011 - jangkaan pergi 2041 iaitu 30 tahun menunggu
(Anak berusia 4, 6 dan 8 tahun ketika itu)
c) Daftar haji untuk anak pada tahun Oktober 2013 - Jangkaan pergi 2065 iaitu 52 tahun menunggu
(anak pd Okt 2013 berusia 1.5 tahun)
Ini adalah pendaftaran yang sebenar dibuat di Pejabat TH.

Jangkaan aku, jika keadaan ini tidak berubah dan Malaysia masih kekal dengan kouta sedia ada, bayi yang lahir tahun 2017 keatas, kemungkinan  peluang untuk mereka menunaikan ibadah  haji terlalu kecil kerana pada ketika itu aku menjangkakan mereka perlu menunggu sehingga berusia 80 tahun untuk menunaikan haji. Itupun jika ibubapanya mendaftarkan haji ketika mereka masih bayi lagi. (update: pada Oktober 2016, tempoh menunggu giliran haji ialah pada 2016 iaitu 90 tahun)

Ini beerti, selepas mendaftarkan anaknya di JPN, si ayah perlu membuka akaun bayinya di Tabung Haji, mencukupkan nilai minima RM1,300  dan mendaftarkan anaknya untuk ke haji. Macammana pula anak yang lahir tahun 2020 dan seterusnya? mungkin mereka perlu menunggu lebih dari 100 tahun untuk menunaikan haji? ( Update: pada tahun 2021, tempoh menunggu ialah 134 tahun)

Slip pendaftaran Haji baru-baru ini  (Oktober 2013)"Memperolehi kuota adalah termasuk dalam kemampuan (istito'ah) yang merupakan salah satu syarat wajib haji"





Kali ini di slip pendaftaran haji tertulis "Memperolehi kuota adalah termasuk dalam kemampuan (istito'ah) yang merupakan salah satu syarat wajib haji". Selama ini kemampuan dikaitkan dengan kewangan, kesihatan dan juga tanggungan, namun untuk kali ini, kuota juga salah satu daripada komponen "Kemampuan"

Penulisan  ini menceritakan anak-anak kecil yang mendaftar haji... tapi bagaimana pula  golongan muda yang berumur sekitar 20-30 tahun yang sedang bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat sekarang ini? Ingatkah mereka untuk mendaftar haji ketika usia ini?
Mungkin sekarang mereka belum terfikir untuk menunaikan haji, tapi mereka boleh mendaftar dulu kerana rata-rata dari mereka ini boleh membayar wang muka kereta baru yang nilainya mungkin lebih dari RM1,300.

Keratan BH pada 24 November 2013 mengesahkan perlu tunggu 50 tahun.
Tempoh hanya berkurang jika ada jemaah yang menunggu meninggal dunia.

Persoalannya, bagi yg berumur 20-30 tahun sekarang,  giliran mereka ke haji mungkin ketika berusia 72-82 tahun...  itupun jika Allah swt  memberi umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Mana mungkin ada orang yang memikirkan persoalan ibadah mereka lagi 50 tahun akan datang? (Aku mohon semoga Allah memberi aku umur yg panjang semoga dapat menunaikan fardhu haji)

Inilah persoalannya yg sering bermain diminda ku mengenai kuota ibadah haji yang semakin jauh (malah terlalu jauh) giliran menunggu. Aku memohon semoga Allah memberikan pertolongan dalam bentuk pemikiran kepada penjaga kota Mekah semoga isu kuota ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.. Amin

Sekian.
Aku & isteri pada petang wukuf di Arafah 9 Zulhijjah 1437 (11 Sept 2016)

Wednesday, August 21, 2013

Tip of Borneo vs Southern Tip of Mainland Asia

Abah bergambar di monumen Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah

Ogos 2013 - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat aka The Tip Of Borneo merupakan  bahagian paling utara Borneo, yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Jernih sekali air lautnya. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu hanyalah 180km tetapi mengambil masa hampir 3.5 jam untuk sampai. Keadaan jalanraya agak teruk, banyak jalan yang masih berbatu akibat dari hakisan dan tanah runtuh dan masih belum di turap.

Bergambar di signage ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
Kedudukan kontor Tanjung Simpang Mengayau lebih kurang 50m diatas pars laut. Jadi pemandangan lautnya amat cantik dan mengingatkan aku view di 12 Apostles di Great Ocean Road, Melbourne. Cuma di Spg Mengayau tiada batu di tengah laut, cuma ada satu pulau kecil yang mempunyai rumah api diatasnya.

Dibelakang batu bulat ada peta dunia yang tunjukkan
 Tip of Borneo. Cari "You are here"


Lokasi titik paling atas Tanah Besar Borneo
Pantai yang terdapat di Tanjung Simpang Mengayau.
Ada beberapa resort disini. Cantik pantainya

Salah satu Chalet di Tg Simpang Mengayau, Kudat
pantainya cantik & air laut jernih
_______________________________________________________________________________________
Penghujung Tanah Besar Asia, Tanjung Piai, Pontian
Hanya 40km dari rumah sendiri

                             
Ada satu lagi lokasi yang significant di Malaysia... iaitu Penghujung Tanah Besar Asia. Lokasi ini  teletak di Tanjung Piai, Pontian. Walaupun dekat dengan rumah aku (hanya 40km), rasanya baru sekali aku menjejaki kaki disitu Tg Piai merupakan pertemuan laut antara Selat Johor dan Selat Melaka. Keadaan lautnya tidaklah secantik di Kudat, lautnya berlumpur dan mempunyai hutan bakau di sekitarnya. Oleh kerana kedudukan berhampiran Singapura dan Tg. Pelepas, pengunjung boleh melihat beberapa buah kapal beratur untuk berlabuh di Kappel & Tanjung Pelepas. terdapat chalet iaitu Tg. Piai Resort terletak tidak jauh dari Penghujung Asia..dan chaletnya berada diatas laut.


Tanjung Piai diwartakan sebagai Hutan Bakau simpan dan mempunyai flora dan fauna yang unik. Terdapat lebih dari 20 spesis bakau disini dan beberapa spesis haiwan menjadikan Hutan paya bakau ini sebagai wilayah mereka.Beberapa spesis burung migrate menjadikan Tanjung Piai sebagai destinasi persinggahan mereka. Kepada penggemar bird photo shooting  lokasi ini merupakan spot menarik mereka.

Bertuahnya aku dapat mejejakan kaki di kedua-dua lokasi significant ini. Kepada penggemar flora dan fauna, Tg Piai pasti mennggalkan satu memori yang sukar dilupakan.


Monumen di Pintu masuk Tg. Piai

Sarah telah berada dipenghujung Asia!


Alhamdulillah..sampai juga disini

Di Pekan Serkat.. dah dekat dgn Tg Piai

Broadwalk sejauh 1.2km ke Penghujung Asia






Monday, August 19, 2013

Syawal 1434: Raya, Kahwin, Merdeka

Perkahwinan adik ipar pada 4 Syawal 1434 , 11 Ogos 2013 di Segamat
Lagi seorang anakku sedang tidur & tiada di gambar

Ogos 2013- Syawal yang paling happening tahun ini...Perkahwinan 2 orang adik (adik ipar dan adik sendiri) hanya selang seminggu dan semuanya seminggu lepas raya! Alhamdulillah, majlis di Segamat segalanya berjalan lancar, cuma agak kepenatan sedikit kerana majlis dibuat secara gotong-royong, namun volunteer agak kurang  mungkin kerana masing-masing masih lagi sibuk merayakan Aidilfitri.

Selain dari perkahwinan 2 orang adikku..aku juga berkahwin bulan Syawal:
Berikut adalah rentetan peristiwa bulan Syawal:
9 Syawal 1422H ( 25 Disember 2001) - Aku kahwin di Segamat
4 Syawal 1434 H (11 Ogos 2013)- Adik Ipar (perempuan) Kahwin di Segamat vs orang Kota Tinggi
10 Syawal 1434 H (17 Ogos 2013)- Khairul Nazhi kahwin di Keningau, Sabah


MAJLIS DI KENINGAU, SABAH ( ala-ala perkahwinan selebriti)
17 Ogos 2013
Tahniah kepada Khairul Nazhi & Martini

Perkahwinan di Keningau ada sedikit keunikan dari kebanyakan majlis Perkahwinan yang pernah aku hadiri. Unik sekali, bah!

Perjalanan ke Keningau mengambil masa hampir 3 jam walaupun jarak perjalanan hanya 130 km dari Kota Kinabalu. Keadaan jalanraya  baik dan tidak banyak kenderaan diatas jalan, namun kami perlu menerobos Banjaran Crocker dengan jalan yang berliku-liku dan kecerunan bukit yang tinggi untuk sampai ke Keningau. Permandangan banjaran cantik dan suhu yang nyaman semasa perjalanan membuatkan 3 jam terasa amat cepat sekali, cuma aku yang  memandu terasa sedikit keletihan. Hampir 20 orang  (14+ 6 keluarga kak Ujie) orang rombongan dari Semenanjung datang meraikan majlis ini.

Majlis bermula pada sebelah petang dengan dimulakan majlis akad nikah dan tetamu diraikan dengan jamuan ringan/ nasi oleh tuan rumah. Dengan sekali lafaz, sahlah Nazhi menjadi suami kepada Martini dan diringan dengan kesyukuran oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin perempuan semuanya berbaju pink dan disebelah lelaki kebanyakkan memakaian pakaian kebangsaan berwarna Ungu.

Majlis keraian dan persandingan yang sebenarnya adalah disebelah malam... hanya 4 meja disediakan dan meja itu adalah untuk kami sebagai tetamu khas! Tamu yang lain hanya makan diatas kerusi tanpa meja.

Antara perkara yang unik semasa majlis ini:
1. Tetamu yang membawa hadiah kepada pengantin perlu memberikan kepada mempelai di atas pelamin.
2. Hanya tetamu dari pihak lelaki sahaja yang disediakan meja makan, tamu lain hanya makan diatas kerusi
3. Kerusi tetamu disusun menghadap pelamin
4. Ada 3 kumpulan tarian di membuat persembahan semasa majlis persandingan... Dan mereka yang membuat tarian ini siap dengan pakaian kostum tradisional! Aku merasakan seperti berada di majlis perkahwinan di raja pulak...
5. Ada emcee yang pandai bercakap & berceloteh  membuatkan majlis tidak bosan
6. Pengantin, tamu dan kami dari semenanjung juga di undang ke pentas pelamin untuk menari bersama... huhuhuuuu... aku tak pandai menari, bah!
7. Penduduk Kg Limbawan, Keningau, walaupun sudah masuk status warga emas, akan menari beramai-ramai dihadapan pengantin dan rentak tarian dan lengkuk tarian mereka amat baik malahan, ada juga yang menari di bawah rumah! Sesuatu yang unik, mereka semua boleh menari dalam rentak yang sama walaupun tiada reheasal atau latihan diadakan! Mereka sepakat, seiya dan sekata!
Tarian tersebut merupakan tarian masyarakat Sabah yang biasa kita lihat di televisyen.

8. Karaoke hingga tengah malam..di Semenanjung pun karok jugak bah!

Akhir kata, aku terdengar kata-kata dari ayah pengantin perempuan yang memohon maaf kalau-kalau ada kekurangan pada majlis ini. Berkata dalam hatiku, tiada apa-apa yang terkurang bah, malahan inilah majlis yang meriah dan akan terus aku ingati. Mungkin di Semenanjung upacara tarian seperti ini semakin berkurangan mungkin kerana sensitiviti masyarakat selain faktor agama.

Bandar Keningau (lebih kurang sebesar Kota Tinggi)..akan terus aku ingati & permandangan Banjaran Crocker terus menggamit memori. Mereka telah meletakkan satu standard yang tinggi penganjuran majlis perkahwinan di Keningau untuk pihak kami pula akan menerima mereka di majlis  resepsi pada 30 November 2013 nanti di Merlimau... Ada surprise? Kita nantikan....

Gambar untuk tatapan..

Penari sedang membuat tarian etnik Semporna & 1 Malaysia
Cantik bah!


Lengkap dengan costume..tarian mereka juga senada

Persandingan disaksikan oleh hadirin yg hadir

Anak buah tidak melepaskan peluang bergambar bersama penari


Tarian Igal-Igal yg berasal dari Semporna
Penari dapat duit yg dikepit ke jari mereka
Semi Professional... lengkuk tanganya lembut

Pengantin pun di paksa untuk menari bersama tetamu
OTW balik.. di puncak banjaran Crocker..udara nyaman 18 celcius


Saturday, August 3, 2013

Jalan ke Sydney


Bergambar dari Sydney  Opera House berlatar belakang Harbour Bridge. Selama ini aku hanya melihat gambar.. tapi hari ini, jambatan ini depan mata . Live!!
Mei 2012- Rancangan ke Sydney hanya muncul disaat akhir ketika perbincangan dengan rakan se-tour. Mulanya aku hanya survey harga tiket Melbourne-Sydney dan agak terkejut kerana  harganya dari AUD120 return. Harganya amat memadai dan masa perjalanan tidak lama berbanding kalau naik bas/keretapi. Aku terus menghubungi rakan se-tour  dan memohon dapatkan persetujuan ahli lain.  Alhamdulillah... semua ahli bersetuju dan aku terus membelikan tiket untuk semua ahli gunakan kad kredit sendiri! Sudah pastilah aku kenakan sedikit caj pada ahli group ini sebagai  agent tiket yg tidak berdaftar. :-)

Entrance Sydney Opera House. Dapat sentuh 'kulit kerang' akhirnya
Penerbangan ke Sydney ambil masa 1.15 jam dari Melbourne. Aku naik penerbangan Tiger Air Australia yang merupakan Budget Airline. Rasanya terminal LCCT, KLIA  lebih baik berbanding dengan Terminal Budget Melbourne. Prasarana tempat ambil beg hanyalah ber-tar hitam sahaja tanpa simen dan tidak berdinding, hanya dipisahkan oleh kawat besi.. Kesejukan aku nak ambil beg kerana tempatnya terbuka dan musim Autumn hampir memasuki musim sejuk dan angin bertiup kencang. Boleh mati kesejukan kalau stay lama-lama diluar airport

Di Darling Harbour. Bandarnya bersih & segar
Sydney antara bandar yang termahal di dunia, namun Sydney juga antara bandar yang paling ramai menerima pelancong tiap tahun dari seluruh dunia. Ikon Sydney iaitu Ophera House dan Harbour Bridge menjadi begitu terkenal dan merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di OZ.

Entrance melalui Harbour Bridge
Aku hanya ada masa selama 2 hari 1 malam sahaja di Sydney. Itupun sampai dah tengahari dan hari pertama hanya menghabiskan masa di Paddy market dan Ophera House. Hari kedua pula merentasi Harbour Bridge, melalui kawasan Lakemba yang mempunyai ramai penganut Islam di Sydney dan berlegar-legar di Darling Harbour. Cuaca yang sejuk dan segar membuatkan aku tidak rasa letih malahan boleh berjalan-jalan di bandar ini dengan bertenaga

Melalui  Harbour Bridge
Sydney CBD dari Opera House
Apa yang membuatkan aku ingin sangat ke Sydney adalah semata-mata ingin melihat sendiri Sydney Opera House. Syukur, bukan sahaja aku dapat lihat malahan aku dapat memasuki ruang dalam Opera House dan keadaannya seperti istana Budaya di KL... sebelum ini aku pun tak pasti apakah tujuan bangunan ini. Oh rupanya  sebuah dewan besar untuk pementasan teater dan budaya ataupun apa-apa persembahan muzikal.
Di Darling Harbour

Sydney Monorel... cuma 1 rel sahaja dan sehala
Di Sydney ada Tram, tapi tidak sebanyak seperti di Melnbourne dan  ada monorel. Monorel ini dibina ketika Sydney menjadi tuan rumah Olimpik tahun 2002. Jalan rel lebih panjang jika dibanding dengan apa yang ada di KL, namum hanya da 1 rel sahaja berbanding di KL mempunyai 2 rel. Coretan di Melbourne boleh di baca disini Melbourne 

Bersama tour guide di Sydney Airport - Hj Zakaria Abdul Manap.
 Syukur..makan sedap, jadual padat, jumpa warga Melayu Melbourne

Sampai juga aku disni.. selama ni hanya lihat gambar
Habour Bridge!

Kedai Mamak... tapi owner Cina Malaysia di Sydney
Sekeping Roti Canai AUD 15

Rare view in Malaysia.. berjemur tengah panas semasa Autum 

Di airport Melboune depart to Sydney

Apa yg popular sangat Hord Rock ni? Aku pun tak tahu

Di depan Sydney Opera House

Diluar paddy market. Sistem pengangkutan darat Sydney memang efisyen