Friday, August 2, 2013

Melbourne... Bandar paling selesa untuk didiami didunia (most liveable city)


Twelve Apostles... Great Ocean Road, Melbourne. Satu pemandangan yang
menakjubkan. Subhanallah... indahnya bumi Allah ini. 4 jam perjalanan dari bandar untuk kesini
Pandangan sepanjang perjalanan sangat cantik diselangi laut dan padang ragut. Awas, ada kanggaroo melintas
Mei 2012- Perjalanan ke Melbourne ini bukanlah sesuatu yang dirancang rapi..tinggal 2 minggu sebelum nak berangkat baru saya dan beberapa rakan membuat perancangan supaya pengembaraan ini sesuatu yang menarik dan meninggalkan memori yang indah untuk kami semua! Permohonan visa adalah sesuatu yang mudah, hanya online dan bayar melalui visa card. Cuma aku menghadapi masalah membuat visa kerana nama aku dan nama sir name ( nama ayah ku) telah terbalik menyebabkan aku hadapi masalah pula di Airport. Selesai juga akhirnya selelah sistem online membetulkan kesilapan tersebut.

Hari pertama- Queen Victoria Market, tengah breakfast burger .
Boleh aje  bersarapan dgn burger, tapi di negara sendiri mungkin tidak..

Shopping sakan... banyak souvenier di sini
Sampai di airport Melbourne sekitar 8 malam dan suhu dianggarkan antara 10-12 celcius... agak sejuk bagi kita orang Malaysia yang sentiasa berada dalam musim panas. Agen yang akan membawa kami ialah Hj Zakaria Abdul Manap dari HSZ Inter-Leisure Services Pte Ltd.  ... beliau merupakan seorang warga Melayu Singapura yang berkahwin dengan orang JB dan kini migrate dan  menetap di Melbourne bersama ahli keluarganya dan ayah ibunya. Tak silap,  hanya seorang sahaja lagi adik beradiknya yang masih menetap di Singapura... yg lain-lain semua dah hijrah di Melbourne. Business beliau  di OZ makin berkembang pesat... sudah ada restaurant, ada company delivery, sewa kereta... Alhamdulillah, aku tumpang bangga dengan pencapaian orang kita di bumi asing! Malahan, sampai sekarang beliau masih sms dengan ku apabila mahu memerlukan pekerja untuk biznesnya.

Tazkirah agama Wakaf  Melayu Melbourne (WMM)-
Paling kiri Hj Salem Salikin- Pengerusi WMM yang telah dapat warga Australia. Abah yang berbaju hitam  dan berkopiah 
Pada sebelah malamnya, kami sekumpulan di bawa ke perjumpaan mingguan Melayu Melbourne di Tarneit Community Hall untuk solat isyak dan mendengar tazkirah agama. Ohhh... ramainya orang Melayu di bumi Melbourne ni.. ada  student, ada yg dah kerja dan ada yang dah dapat taraf PR dan kerakyatan! Sempat juga berjumpa dengan warden Malaysia Hall, En Rusdi yang sebelum itu  terpaksa menolak permohonan penginapan kami ke Malaysia hall kerana telah penuh. Pada malam ini juga akau bertemu dengan keluarga ku yang kebetulan juga secara tiba-tiba ke Melbourne 2 hari sebelum penerbanganku. Dapat juga lihat rumah sewa Bro Nidzam di  Melbourne.

Kenangan terindah... bersama keluarga di rumah sewa
Bro Nidzam yg sedang berkursus di Melbourne.
Boleh buat family gathering kat Melbourne!

Depan rumah sewa Dr Nidzam.. bersama Abah.
Owner rumah ini ialah Melayu. Nice design!

Depan Rumah pengerusi Melayu Melbourne. Beliau buat
Jamuan Breakfast pagi itu. Dapat juga nasi lemak rendang
di Melbourne
video

Gambar diatas adalah dihadapan rumah sewan Bro. Nidzam. Rekabentuk yang menarik dan kalau masuk didalam rumah, dapurnya di tengah-tengah hall. Kalau rumah Melayu, sudah tentu berminyaklah sekeliling ruang tamu dan berbau kerana masakan orang kita banyak gunakan minyak. Sememang design rumah di OZ begini.. Ada beberapa rumah contoh yang aku masuk, hampir kesemuanya dapur berada di tengah. Rumah Hj Salim (Pengerusi Melayu Melbourne) pun punyai dapur ditengah-tengah!

Lawatan kerja ke University of  Melbourne. Pelajar Malaysia adalah
nombor 2 teramai selepas pelajar dari China.
Pemandangan berjemur  ini memang tak akan dijumpai di negara ku yg PANAS!!

Dihadapan Hotel menginap sepanjang 6 hari di Melbourne.
Pemilik adalah warga Nepal dan restauran ada sijil halal. Hotel biasa jer,
tapi selesa dan complete dengan microwave, heater dan  fridge. Free Wifi.
Di Victoria market.. macam-macam signage ada. Harga dari AUD2
Kat malaysia ada kucing dibawah kereta.. tapi di Melbourne
ada penguin bawah kereta. Kalau jumpa, aku bawa balik Malaya aja ha..ha
Seterusnya aku ke Phillips Island (2-3 jam perjalanan dari Melbourne). Pulau  ini dihubungi jambatan yg sambung dari tanah besar. Di pulau ini terdapatnya spesis Penguin yg paling kecil sekali daripada 17 spesis penguin yg ada di dunia.  Awas..jangan cuba ambil gambar penguin balik sarang!!.. HP atau camera akan dirampas oleh Ranjer Taman yang berpakaian preman! Penguin ini akan hanya balik ke darat apabila waktu Maghrib... di siang hari mereka berada di lautan mencari makanan.

Di koala conservation centre. Koala ni haiwan yang banyak habiskan masa dengan tidur.
Haiwan ini tidur antara 16-20 jam sehari!
Amat bertuah sebab dapat ambil gambar masa koala ni tengah jalan di pathway.
Koala lain semua sedang membuta atas pokok...
Terjumpa warribee liar (kanggaroo spesis kecil) di hutan Phillip Island. Orang lain pergi kandang kangaroo utk lihat haiwan ini... tapi aku bertuah terjumpa kangaroo liar mencari makan di hutan Aussie
Menikmati pandangan laut di Philip Island dengan angin yg kuat dan sejuk
Sigange mesra penunggang basikal. Motor tak banyak.
motor cub langsung tak nampak
Apa yang menarik di jalan-jalan utama Melbourne, selain dari tram, kereta, mereka menyediakan laluan khas untuk penunggang basikal. Kebanyakkan jalan bandar mereka akan khaskan laluan tersebut dan memang ramai antara orang Melbourne ni berbasikal ke tempat kerja. Perlu ingat, kalau kayuh basikal di sini perlu memakai helmet, kalau tidak akan disaman!
 
Berangan jadi Koboi... gembala Kambing & Lembu
Lembu Malaysia lagi untung... tinggal dalam Kondo!
Ini gambar kandang kambing di Phillips Island. Sepanjang perjalanan memang banyak ladang-ladang kambing dan lembu yg jarang-jarang kita dapat lihat di negaraku ini. Gemuk-gemuk baka kambing yang ada di sini dan bulu kambing disini tebal. Mungkin selama ini daging lembu dan kambing yg ku makan di restoran adalah lembu dari negara ini!

Antara aktiviti Wakaf Melayu Victoria Melbourne... Antara cadangan mereka ialah untuk mencari dana bagi pembinaan Masjid Melayu (Malaysia) di Melbourne seperti Masjid India, Masjid Pakistan yang ada di Malaysia.. Mungkin satu hari nanti dapatlah kita mendengar khutubah Jumaat bahasa Melayu di bumi Melbourne 

Dihadapan kompleks masjid yang dibina oleh warga Turkey.
Ramai orang Turkey tinggal disekeliling perumahan di masjid ini.
Malahan signage dalam masjid juga berbahasa Turkey



Orang-orang Melayu yang telah menetap di Melbourne ( ramainya warga Singapura) sedang berusaha untuk membina masjid Melayu Melbourne. Mereka sedang mengumpul dana, mencari lokasi yang sesuai untuk tujuan pembinaan ini. Menurut mereka, lebih mudah mengamalkan Islam di OZ berbanding di Singapura yang kadang-kala mengamalkan diskriminasi kepada penganut Islam. menurut salah seorang dari mereka,   sedang cuba melobi beberapa peminpin Malaysia  untuk mendapatkan dana dan  Masjid ini akan dinamakan Masjid Malaysia, seperti mana Masjid India dan Masjid Pakistan yang ada dimana-mana di dunia ini...

Di Geelong waterfront.. otw ke Great Ocean Road
Apa alasan untuk aku tidak memilih Proton? Hidup Proton! Gambar
diambil dari depan rumah orang Melbourne
MENGAPA MELBOURNE IS MOST LIVEABLE CITY?

Sepanjang 5 hari  di Melbourne aku masih rasa tak puas. Aku juga mengimpikan untuk migrate  seperti mana warga Melayu yang telahpun menetap disini.  Memang kota ini meninggalkan satu memori yang amat indah dan sukar untuk dilupakan malahan, sehingga dah setahun balik  pun tak  habis-habis lagi membicarakan mengenai kota ini. Memang benarlah apa yg di katakan 'Melbourne is the most liveable city in the world!'

Antara faktor menyebabkan Melbourne diiktiraf sebagai Bandar yang paling selesa untuk didiami (most liveable city) ialah faktor keselamatan, kelestarian, pembangunan yang seimbang, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, sistem pengangkutan yang efisyen, menyediakan pendidikan dari kindergarten ke University yang berkualiti dan tahap kebersihan bandar yang terbaik. Namun, sebagai warga Malaysia, kos sara hidup disini agak tinggi. Seseorang memerlukan antara RM4,500-6,000 sebulan untuk survive disini.  Kadar sewa bilik yang tinggi, kos sekali makan antara AUD8-10 (RM25-30) dan pelbagai kos lain yang perlu di tampung. namun, gaji disini juga lumayan jika dibanding dengan gaji di Malaysia.

Akhir kata, pengembaraan ke bumi Melbourne memang membuka mata dan membuka minda ku bahawa bumi Allah ini  luas, cantik dan indah. Wajarlah kembara dijadikan aktiviti tahunan keluarga supaya dapat menginsafi diri, munasabah, membuka minda dan dapat membandingkan keadaan negara kita dengan negara lain...Namun, aku tetap merasa bertuah hidup di Malaysia kerana dapat amalkan ajaran islam tanpa prejudis (walaupun kekadang bukan Islam cuba mencabar kesucian agamaku).

Banyak yang dapat kita pelajari dari negara ini seperti kebersihan, adab pemanduan, layanan tamu, sikap peramah,  sistem jalanraya yang lebih efisyen, pengangkutan awam yang terbaik, dan juga banyak institusi pengajian tinggi mereka yang mempunyai reputasi dunia yang baik!

Selepas Melbourne..aku ke Sydney pula. Boleh baca coretan Sydney di sini Sydney

Sekian, terima kasih

Gambar sebagai kenangan di Melbourne:-

Skodeng minah salleh tgh buat shooting
Flinders Station.  Free tram ride kat belakang
Tram di Melbourne. Melbourne have the largest
Tram network route in the world
Pasar Sayur, ikan dan buah.. Bersih & tiada bau!

Di Geelong waterfront, OTW ke GOR

Tram... The city with widest tram network in the world

Bersama Hj Salem Salikin... Pengerusi Wakaf Melayu Melbourne

12 Apostles di Great Ocean Road

Flinders Station... ada sejarahnya. Lebih kurang macam KL Sentral

Kalau di Malaysia... babi hutan melintas jalan...

Dalam Queen Victoria Market

Berbelanja Queen Victoria market..murah..murah

Kuliah Agama dalam kesejukkan...

Tram kat belakang tu...

12 Apostles..angin kuat, sejuk dan nice view

12 Apostles...Great Ocean Road...AWESOME!!!

Permandangan yang tidak akan ada di Malaysia.... 

12 Apostles, Great Ocean Road.. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah

Self drive to Great Ocean Road

Di Koala Conservation centre, Philips Island

Flinders Station

Air Asia meletakkan icon 12 Apostles sebagai tarikan ke Melbourne

7 comments:

  1. Salam tuan.
    Panduan yg tuan buat amat bguna skali.. blh tak kongsi dengan orang melayu yang buat sewa rumah atau appartment di Melbourne. Saya akan ke sana pada bln june nnti. Kalau blh sapa yg blh saya hubungi utk perkhidmatan sewa kerta penginapan dan guide.. saya ke sana selama 6 hari dgn famaly 12 orang

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan...boleh rekemen kerja di sana melalui kenalan tuan tak..cheb0142621003

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try contact seperti emel & whatapps diatas..manalah tahu ada rezeki di negara Kangaroo

      Delete
    2. Salam Syazli.

      Boleh saya dapatkan contact no Hj Zakaria dan HSZ leisures?
      Saya perlu bantuan mendapatkan penginapan untuk anak saya yang akan belajar di Melbourne
      Terima kasih

      Lukman
      0129848222

      Delete
  4. Looking for a new home?
    Or move into a new place of stay?
    Need to list your current accomodation?
    Stuck in your current lock-in contract fee?
    We can help you with that!

    Who is Koskosan Australia?
    A company that assist both the landlord and tenants to find each other, and providing additional services that mediates the process to make it as simple as possible, and as convenience as possible.

    Our Services:
    - List your accomodations on our website
    - Promote your apartments on our social medias
    - Assist you in looking for short term accomodation in Australia
    - Assist you in looking for long term accomodation in Australia
    - Assist you in giving informations about living in Australia

    Contact Us:
    +61 401 319 839
    +62 812 9888 6702
    hello@koskosan.com.au

    Website: www.koskosan.com.au
    Instagram: www.instagram.com/koskosan_australia
    Facebook Page: https://www.facebook.com/pages/Kosko...80097145381344



    Kenny Yustana
    Marketing Officer
    Kenny.y@koskosan.com.au
    +62 812 9888 6702
    Koskosan Australia

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan..boleh dptkan no tipon tuan..sy nk bertanya mengenai agen di melbourne tu..Hj Zakaria Abdul Manap dari HSZ Inter-Leisure Services Pte Ltd...sy dan rakan2 ingin ke sana pd ujung nov ini..tima kasih tuan..

    ReplyDelete