Saturday, January 5, 2013

Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka

Disember 2012- Dah 2 kali ke Pantai Pengkalan Balak, Melaka... inilah antara pantai yang cantik di Melaka yang masih mempunyai ciri-ciri kekampungan dan keheningan diwaktu pagi dengan suasana kampung yang asli dan mendamaikan.

Suasana Pantai Pengkalan Balak.. Pasirnya kuning dan ombak tidak kuat
Sakan anak-anak mandi laut
Kebetulan aku mempunya tugasan di sebuat pusat Pra-U di Kg. Londang Masjid Tanah, dan kedudukan pantai ini hanya ambil masa 5-10 minit sahaja ke tempat tersebut. Tiada resort yang bertaraf 3 star keatas di sini, tapi memadailah  resort yang bersih, selesa dan mempunyai basic fasiliti.



Inilah rupa dari luar resort yang kami sekeluarga diami. Baru siap agaknya sebab 2 tahun lepas kami bermalam di resort ini bangunan ini masih dalam pembinaan. Bangunan lama seperti rumah Melayu terletak bersebelahan dengan bangunan baru. Keadaan biliknya blok baru lebih selesa dan lebih besar dari resort lama. Kadarnya pun berpatutan... Nama Resort ni Seraya Inn. Kalau lihat pintu masuk depan, hanya nampak  rumah resort macam rumah Melayu... rupanya di belakang ada lagi bangunan tambahan. Berbaloi dengan fasilitinya dan kadarnya!

Anak-anak sedang buat Sand Castle
Tidak ada kolam renang disediakan. Bagi aku, kalau bermalam di resort tepi pantai, kita harus merasa masin air laut tersebut, barulah sah bermalam di tepian laut, tapi kalau bermalam di tepi laut dan hanya bermain air di kolam renang, agak janggal rasanya. Dimana-mana ada kolam renang...Lebih enjoy mandi di Laut berbanding kolam kerana ada ombak, lebih luas, boleh bermain pasir dan rasanya air laut lebih suci berbanding kolam!


Sand Castle in the making
Pasir pantainya berwarna kuning keemasn dan halus. Inilah peluang anak-anak bermain pasir sambil membuat apa-apa binaan yang sesuai dengan pasir ini... aku pun turut membantu anak-anak bina istana sambil mengingatkan zaman silamku yang memang suka bermain dengan pasir... tapi bukan pasir laut, hanya pasir di rumah yg dalam pembinaan!!
Banana boat pun ada...
Kalau ada permintaan dari anak-anak ku untuk bercuti di tepi pantai.. Pengkalan Balak adalah pilihan pertama ku. Bukan sebab aku orang Melaka, tapi aku suka suasana pantainya dan resortnya yang tidak seperti resort yang biasa aku tidur untuk urusan kerja. Standard hotel biasanya akan ada meja, almari dan restaurant, lif, carpet tebal... tapi resort sebegini hanya ada keperluan asas sahaja di bilik ( termasuk aircond) dan tiada meja, almari ala kadar dan tak perlu restoran!  Aku lebih santai dan rileks resort macam ini... terasa percutian lebih bermakna tanpa terganggu dengan set-up hotel yg biasa......
Inil resort lama Seraya Pantai Chalet.. yg baru dibahagian  belakang
Keadaan dalam bilik . Ada 3 katil single di blok baru
Sarah Sofea ketika 8 bulan
Pasir yang menguning keemasan
Memang sengaja memilih resort tanpa swimmimg pool.. air laut ini mungkin lebih suci dari air kolam resort yang tiada bintang
Blok baru Seraya Inn... bolehlah untuk berkelah

Signage Pangkalan Balak... Padang Kemunting adalah Kg di
Pengaklan Balak. Kg. Tradisional tepi laut





No comments:

Post a Comment