Wednesday, August 21, 2013

Tip of Borneo vs Southern Tip of Mainland Asia

Abah bergambar di monumen Tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah

Ogos 2013 - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat aka The Tip Of Borneo merupakan  bahagian paling utara Borneo, yang terletak di daerah Kudat, negeri Sabah, Malaysia. Hujung tanjung ini merupakan titik pertemuan Sulu dan Laut China Selatan. Jernih sekali air lautnya. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu hanyalah 180km tetapi mengambil masa hampir 3.5 jam untuk sampai. Keadaan jalanraya agak teruk, banyak jalan yang masih berbatu akibat dari hakisan dan tanah runtuh dan masih belum di turap.

Bergambar di signage ke Tanjung Simpang Mengayau, Kudat
Kedudukan kontor Tanjung Simpang Mengayau lebih kurang 50m diatas pars laut. Jadi pemandangan lautnya amat cantik dan mengingatkan aku view di 12 Apostles di Great Ocean Road, Melbourne. Cuma di Spg Mengayau tiada batu di tengah laut, cuma ada satu pulau kecil yang mempunyai rumah api diatasnya.

Dibelakang batu bulat ada peta dunia yang tunjukkan
 Tip of Borneo. Cari "You are here"


Lokasi titik paling atas Tanah Besar Borneo
Pantai yang terdapat di Tanjung Simpang Mengayau.
Ada beberapa resort disini. Cantik pantainya

Salah satu Chalet di Tg Simpang Mengayau, Kudat
pantainya cantik & air laut jernih
_______________________________________________________________________________________
Penghujung Tanah Besar Asia, Tanjung Piai, Pontian
Hanya 40km dari rumah sendiri

                             
Ada satu lagi lokasi yang significant di Malaysia... iaitu Penghujung Tanah Besar Asia. Lokasi ini  teletak di Tanjung Piai, Pontian. Walaupun dekat dengan rumah aku (hanya 40km), rasanya baru sekali aku menjejaki kaki disitu Tg Piai merupakan pertemuan laut antara Selat Johor dan Selat Melaka. Keadaan lautnya tidaklah secantik di Kudat, lautnya berlumpur dan mempunyai hutan bakau di sekitarnya. Oleh kerana kedudukan berhampiran Singapura dan Tg. Pelepas, pengunjung boleh melihat beberapa buah kapal beratur untuk berlabuh di Kappel & Tanjung Pelepas. terdapat chalet iaitu Tg. Piai Resort terletak tidak jauh dari Penghujung Asia..dan chaletnya berada diatas laut.


Tanjung Piai diwartakan sebagai Hutan Bakau simpan dan mempunyai flora dan fauna yang unik. Terdapat lebih dari 20 spesis bakau disini dan beberapa spesis haiwan menjadikan Hutan paya bakau ini sebagai wilayah mereka.Beberapa spesis burung migrate menjadikan Tanjung Piai sebagai destinasi persinggahan mereka. Kepada penggemar bird photo shooting  lokasi ini merupakan spot menarik mereka.

Bertuahnya aku dapat mejejakan kaki di kedua-dua lokasi significant ini. Kepada penggemar flora dan fauna, Tg Piai pasti mennggalkan satu memori yang sukar dilupakan.


Monumen di Pintu masuk Tg. Piai

Sarah telah berada dipenghujung Asia!


Alhamdulillah..sampai juga disini

Di Pekan Serkat.. dah dekat dgn Tg Piai

Broadwalk sejauh 1.2km ke Penghujung Asia






Monday, August 19, 2013

Syawal 1434: Raya, Kahwin, Merdeka

Perkahwinan adik ipar pada 4 Syawal 1434 , 11 Ogos 2013 di Segamat
Lagi seorang anakku sedang tidur & tiada di gambar

Ogos 2013- Syawal yang paling happening tahun ini...Perkahwinan 2 orang adik (adik ipar dan adik sendiri) hanya selang seminggu dan semuanya seminggu lepas raya! Alhamdulillah, majlis di Segamat segalanya berjalan lancar, cuma agak kepenatan sedikit kerana majlis dibuat secara gotong-royong, namun volunteer agak kurang  mungkin kerana masing-masing masih lagi sibuk merayakan Aidilfitri.

Selain dari perkahwinan 2 orang adikku..aku juga berkahwin bulan Syawal:
Berikut adalah rentetan peristiwa bulan Syawal:
9 Syawal 1422H ( 25 Disember 2001) - Aku kahwin di Segamat
4 Syawal 1434 H (11 Ogos 2013)- Adik Ipar (perempuan) Kahwin di Segamat vs orang Kota Tinggi
10 Syawal 1434 H (17 Ogos 2013)- Khairul Nazhi kahwin di Keningau, Sabah


MAJLIS DI KENINGAU, SABAH ( ala-ala perkahwinan selebriti)
17 Ogos 2013
Tahniah kepada Khairul Nazhi & Martini

Perkahwinan di Keningau ada sedikit keunikan dari kebanyakan majlis Perkahwinan yang pernah aku hadiri. Unik sekali, bah!

Perjalanan ke Keningau mengambil masa hampir 3 jam walaupun jarak perjalanan hanya 130 km dari Kota Kinabalu. Keadaan jalanraya  baik dan tidak banyak kenderaan diatas jalan, namun kami perlu menerobos Banjaran Crocker dengan jalan yang berliku-liku dan kecerunan bukit yang tinggi untuk sampai ke Keningau. Permandangan banjaran cantik dan suhu yang nyaman semasa perjalanan membuatkan 3 jam terasa amat cepat sekali, cuma aku yang  memandu terasa sedikit keletihan. Hampir 20 orang  (14+ 6 keluarga kak Ujie) orang rombongan dari Semenanjung datang meraikan majlis ini.

Majlis bermula pada sebelah petang dengan dimulakan majlis akad nikah dan tetamu diraikan dengan jamuan ringan/ nasi oleh tuan rumah. Dengan sekali lafaz, sahlah Nazhi menjadi suami kepada Martini dan diringan dengan kesyukuran oleh kedua-dua belah pihak. Pihak pengantin perempuan semuanya berbaju pink dan disebelah lelaki kebanyakkan memakaian pakaian kebangsaan berwarna Ungu.

Majlis keraian dan persandingan yang sebenarnya adalah disebelah malam... hanya 4 meja disediakan dan meja itu adalah untuk kami sebagai tetamu khas! Tamu yang lain hanya makan diatas kerusi tanpa meja.

Antara perkara yang unik semasa majlis ini:
1. Tetamu yang membawa hadiah kepada pengantin perlu memberikan kepada mempelai di atas pelamin.
2. Hanya tetamu dari pihak lelaki sahaja yang disediakan meja makan, tamu lain hanya makan diatas kerusi
3. Kerusi tetamu disusun menghadap pelamin
4. Ada 3 kumpulan tarian di membuat persembahan semasa majlis persandingan... Dan mereka yang membuat tarian ini siap dengan pakaian kostum tradisional! Aku merasakan seperti berada di majlis perkahwinan di raja pulak...
5. Ada emcee yang pandai bercakap & berceloteh  membuatkan majlis tidak bosan
6. Pengantin, tamu dan kami dari semenanjung juga di undang ke pentas pelamin untuk menari bersama... huhuhuuuu... aku tak pandai menari, bah!
7. Penduduk Kg Limbawan, Keningau, walaupun sudah masuk status warga emas, akan menari beramai-ramai dihadapan pengantin dan rentak tarian dan lengkuk tarian mereka amat baik malahan, ada juga yang menari di bawah rumah! Sesuatu yang unik, mereka semua boleh menari dalam rentak yang sama walaupun tiada reheasal atau latihan diadakan! Mereka sepakat, seiya dan sekata!
Tarian tersebut merupakan tarian masyarakat Sabah yang biasa kita lihat di televisyen.

8. Karaoke hingga tengah malam..di Semenanjung pun karok jugak bah!

Akhir kata, aku terdengar kata-kata dari ayah pengantin perempuan yang memohon maaf kalau-kalau ada kekurangan pada majlis ini. Berkata dalam hatiku, tiada apa-apa yang terkurang bah, malahan inilah majlis yang meriah dan akan terus aku ingati. Mungkin di Semenanjung upacara tarian seperti ini semakin berkurangan mungkin kerana sensitiviti masyarakat selain faktor agama.

Bandar Keningau (lebih kurang sebesar Kota Tinggi)..akan terus aku ingati & permandangan Banjaran Crocker terus menggamit memori. Mereka telah meletakkan satu standard yang tinggi penganjuran majlis perkahwinan di Keningau untuk pihak kami pula akan menerima mereka di majlis  resepsi pada 30 November 2013 nanti di Merlimau... Ada surprise? Kita nantikan....

Gambar untuk tatapan..

Penari sedang membuat tarian etnik Semporna & 1 Malaysia
Cantik bah!


Lengkap dengan costume..tarian mereka juga senada

Persandingan disaksikan oleh hadirin yg hadir

Anak buah tidak melepaskan peluang bergambar bersama penari


Tarian Igal-Igal yg berasal dari Semporna
Penari dapat duit yg dikepit ke jari mereka
Semi Professional... lengkuk tanganya lembut

Pengantin pun di paksa untuk menari bersama tetamu
OTW balik.. di puncak banjaran Crocker..udara nyaman 18 celcius


Friday, August 9, 2013

Aku redha pemergianmu... Arfah Irdina

Batu Nesan Allahyarhamah anakku yang pertama... di Perkuburan Bukit Lintang Segamat.
Meninggal dunia pada 8 Dis 2002, 3 Syawal 1423H. Al-Fatihah
Hakikatnya, bukan mudah untuk menerima sebuah kehilangan...walaupun kita sendiri tahu bahawa semua benda adalah pinjaman dariNya, termasuklah diri kita sendiri. Setiap yang datang pasti akan pergi dan setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang hidup pasti akan menemui  mati.
Setiap ibubapa pasti ada dugaannya dan pada aku dugaan inilah yang  paling besar  apabila anak dijemput menghadap Ilahi  ketika mereka masih kecil, masih bayi dan masih belum baligh  lagi.
Sehingga kini, air mata ini tidak dapat ditahan dan kadangkala berguguran juga apabila mengingatkan kembali saat-saat terakhir bersama Arfah Irdina...

Menurut Hadits Qudsi:
Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: “Masuklah kalian ke dalam syurga!” Anak-anak itu berkata: “Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk.” Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya.Allah berfirman lagi: “Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!” Mereka menjawab: “Tetapi (bagaimana) orang tua kami?”Allah pun berfirman: “Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian.

Pada 1 Oktober 2001, bermulah sejarah baru dalam hidupku... aku kini bergelar seorang ayah kepada bayi  perempuan yang ku namakan Arfah Irdina. Ku panjatkan kesyukuran pada mu Ya Allah kerana memberikan  nikmat merasai pengalaman menjadi seorang ayah selepas bergelar suami selama selama lebih 9 bulan. Anugerah yang tidak terhingga ini amat ku bersyukur dan disambut dengan gembira. Anakku juga merupakan cucu pertama mentuaku..Kehadiran Arfah dalam hidup ku mewarnai kehidupan kami sekeluarga baik keluarga di Segamat dan juga di Merlimau.

Arfah ketika berusia 24 hari sedang menangis (24 Oktober 2002)
Pengalaman pertama mengandung oleh isteriku tentulah sesuatu pengalaman yang serba baru yang penuh cabaran kerana terpaksa mengandung keseorangan tanpa ku disisi kerana tuntutan kerja serta  mengalami demam campak ketika diakhir kandunganya. Aku masih lagi di Kuala Lumpur dan isteriku berada di JB. Belilau terpaksa membuat check up sendirian, melayani alahan dan mual, pergi kerja dengan bas dan duduk serumah dengan housemate yang tidak mengambil tahu hal sekeliling. Alhamdulillah, segala cabaran dan pengalaman dihadapi dengan tabah dan terima kasih kepada mentuaku yang menemaninya disaat akhir kandungannya.

Dua hari  sebelum umat Islam menyambut lebaran pada tahun 2002, Arfah mengidap demam panas dan cirit berit.. 2 klinik telah ku bawa untuk meredakan panasnya. Panasnya berkurangan pada raya pertama, namun agak susut sikit beratnya, mungkin kerana kurang minum. Aku hanya menjaganya dirumah mentuaku sambil  melayani tetamu yang hadir. Raya kedua Arfah begitu juga keadaanya, panasnya tidak begitu tinggi namun, tidak berapa ingin nak menyusu... keadaan terus berubah pada sebelah petang Arfah terkena Sawan dan badannya kejang dan terus aku membawanya ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan lanjut. terasa jauhnya perjalanan ke Hospital Segamat dan dalam perjalanan Arfah terus tersentak-sentak sambil anak matanya naik keatas... seram sejuk aku melihat perubahan padanya. Ya Allah, selamatkanlah anakku!


Raya Pertama bersama moyang di Segamat
Selepas pemeriksaan oleh Doktor on-call (Doktor yang sama merawat Arfah ketika di NICU), Arfah dimasukkan ke wad dan hanya ibu atau ayah sahaja yang dibenar menemani. Aku tidak balik...tak sanggup rasanya meninggalkan isteriku menjaga keseorangan anak sulungku. Aku menunggu diluar sambil bersembahyang hajat & membaca yassin memohon kepada  Allah memberikan kesihatan yang baik kepada anakku.

Namun, takdir menentukan segalanya.... Arfah telah kembali menemui Allah pada usia 2 bulan 8 hari pada jam 1.30 pagi...selamat tinggal sayangku. Masih teringat lagi kata-kata Dr tersebut yang Arwah tidak dapat diselamatkan lagi.
Arfah....Ayah dan Mama tidak akan melupakanmu dan sentiasa mengingati kamu. Engkaulah simbol kekuatan kami untuk menghadapi dugaan hidup seterusnya.. kehadiranmu mengeratkan lagi kasih sayang kami berdua.

Aku bersyukur pada mu Ya Allah kerana mengambil kembali anakku dalam keadaan yang bersih- sebersihnya. Sesungguhnya aku merasa bertuah kerana telah dipilih oleh Allah untuk merasai pengalaman memberi susu anak sendiri, menidurkannya, mendodoikan dan mendakap anak sendiri, hanya sembilan  bulan selepas bernikah....Inilah pengalaman pertama dan yang paling berharga & bermakna dalam hidupku.

Ketika meletakkan Arfah di liang lahat dan membuka simpulan kafan, sempat ku berbisik kepada Arfah "Kita bertemu di syurga nanti ya...sayang" dan ayah terus menidurkan kamu diatas tanah buat selama-lamanya...
Disinilah Jenazah Arwah Arfah di kebumikan. Tanah Perkuburan Islam
Kg Bukit Lintang, Segamat. Ayah akan turut menyusul  kamu kemudian hari..
Malahan, semua yang hidup akan turut merasai mati.
Hidup Ayah dan Mama begitu kosong selepas pengkebumian mu. Aku hanya berlakon seolah-olah tiada apa-apa yg berlaku dihadapan orang ramai, namun jauh di sudut hati, aku hanya mampu menangis keseorangan mengingati Arfah. Hanya al fatihah dan Surah Yassin yang boleh disumbangkan kepada mu yang mengubati diri ini di kala kesedihan.

Arfah Irdina... amanlah kamu disana. Ayah relakan kamu pergi dulu. Kini Arfah Irdina telah mempunyai 4 orang adik perempuan yang sama comel dan cantik seperti dirimu sayang... Adik-adik mu telah mula memahami situasi ini dan kadang kala  mereka berkata merindui kamu walaupun mereka tidak pernah bertemu kamu. Kadang kala ayah menyuruh adik-adik mu mensedekahkan Al- fatihah kepada mu semoga mereka akan terus mengingatimu dan mengetahui yang mereka mempunyai seorang kakak yang menanti mu nanti. Adik mu yang ketiga ayah abadikan sebahagian nama mu iaitu Aina Irdina.

Ayah amat merindui dirimu dan moga amanlah kamu disana dan nantikan ayah dipintu syurga....insyallah.

Marilah kita sama-sama membacakan al- fatihah pada Arfah Irdina.

Sekian.


Arfah Irdina diatas sekali, Iffah (Kanan) dan Nisa (bawah)
ketika masih bayi. Gambar ini ada di dinding rumahku
Sijil kematian Allahyarhamah Arfah Irdina bt Mohd Syazli.
Baru sahaja mendaftarkan kelahiran, terpaksa pula
mendaftarkan kematian.


"Riwayat ini di petik dari Internet"

“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil,  di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. 

Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”

“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.

“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)


Saturday, August 3, 2013

Jalan ke Sydney


Bergambar dari Sydney  Opera House berlatar belakang Harbour Bridge. Selama ini aku hanya melihat gambar.. tapi hari ini, jambatan ini depan mata . Live!!
Mei 2012- Rancangan ke Sydney hanya muncul disaat akhir ketika perbincangan dengan rakan se-tour. Mulanya aku hanya survey harga tiket Melbourne-Sydney dan agak terkejut kerana  harganya dari AUD120 return. Harganya amat memadai dan masa perjalanan tidak lama berbanding kalau naik bas/keretapi. Aku terus menghubungi rakan se-tour  dan memohon dapatkan persetujuan ahli lain.  Alhamdulillah... semua ahli bersetuju dan aku terus membelikan tiket untuk semua ahli gunakan kad kredit sendiri! Sudah pastilah aku kenakan sedikit caj pada ahli group ini sebagai  agent tiket yg tidak berdaftar. :-)

Entrance Sydney Opera House. Dapat sentuh 'kulit kerang' akhirnya
Penerbangan ke Sydney ambil masa 1.15 jam dari Melbourne. Aku naik penerbangan Tiger Air Australia yang merupakan Budget Airline. Rasanya terminal LCCT, KLIA  lebih baik berbanding dengan Terminal Budget Melbourne. Prasarana tempat ambil beg hanyalah ber-tar hitam sahaja tanpa simen dan tidak berdinding, hanya dipisahkan oleh kawat besi.. Kesejukan aku nak ambil beg kerana tempatnya terbuka dan musim Autumn hampir memasuki musim sejuk dan angin bertiup kencang. Boleh mati kesejukan kalau stay lama-lama diluar airport

Di Darling Harbour. Bandarnya bersih & segar
Sydney antara bandar yang termahal di dunia, namun Sydney juga antara bandar yang paling ramai menerima pelancong tiap tahun dari seluruh dunia. Ikon Sydney iaitu Ophera House dan Harbour Bridge menjadi begitu terkenal dan merupakan salah satu tarikan pelancong paling popular di OZ.

Entrance melalui Harbour Bridge
Aku hanya ada masa selama 2 hari 1 malam sahaja di Sydney. Itupun sampai dah tengahari dan hari pertama hanya menghabiskan masa di Paddy market dan Ophera House. Hari kedua pula merentasi Harbour Bridge, melalui kawasan Lakemba yang mempunyai ramai penganut Islam di Sydney dan berlegar-legar di Darling Harbour. Cuaca yang sejuk dan segar membuatkan aku tidak rasa letih malahan boleh berjalan-jalan di bandar ini dengan bertenaga

Melalui  Harbour Bridge
Sydney CBD dari Opera House
Apa yang membuatkan aku ingin sangat ke Sydney adalah semata-mata ingin melihat sendiri Sydney Opera House. Syukur, bukan sahaja aku dapat lihat malahan aku dapat memasuki ruang dalam Opera House dan keadaannya seperti istana Budaya di KL... sebelum ini aku pun tak pasti apakah tujuan bangunan ini. Oh rupanya  sebuah dewan besar untuk pementasan teater dan budaya ataupun apa-apa persembahan muzikal.
Di Darling Harbour

Sydney Monorel... cuma 1 rel sahaja dan sehala
Di Sydney ada Tram, tapi tidak sebanyak seperti di Melnbourne dan  ada monorel. Monorel ini dibina ketika Sydney menjadi tuan rumah Olimpik tahun 2002. Jalan rel lebih panjang jika dibanding dengan apa yang ada di KL, namum hanya da 1 rel sahaja berbanding di KL mempunyai 2 rel. Coretan di Melbourne boleh di baca disini Melbourne 

Bersama tour guide di Sydney Airport - Hj Zakaria Abdul Manap.
 Syukur..makan sedap, jadual padat, jumpa warga Melayu Melbourne

Sampai juga aku disni.. selama ni hanya lihat gambar
Habour Bridge!

Kedai Mamak... tapi owner Cina Malaysia di Sydney
Sekeping Roti Canai AUD 15

Rare view in Malaysia.. berjemur tengah panas semasa Autum 

Di airport Melboune depart to Sydney

Apa yg popular sangat Hord Rock ni? Aku pun tak tahu

Di depan Sydney Opera House

Diluar paddy market. Sistem pengangkutan darat Sydney memang efisyen

Mesir :Negara kelahiran ramai para ambiya yang sering bergolak


Di Piramid Giza.. Piramid yang terbesar dari piramid lain
Feb 2009- Aku berpeluang ke Mesir atas satu urusan berkaitan akademikku... bertuah rasanya dapat menjejakan kaki di bumi para Anbiya ini. Ramai imam-imam tersohor dan para Nabi adalah dari kelahiran di bumi Mesir. Negara Mesir mempunyai sejarah purba silam yang sehingga kini masih lagi dikaji selidik oleh ahli arkeologi seluruh dunia. Malahan, banyak lagi pertemuan purbanya masih dijumpai pada  zaman ini.

Piramid adalah susunan batu-batu besar dan disusun rapi dan binaannya kekal hingga sekarang
Sangkaan aku bumi Mesir adalah sebuah negara yang kaya  kerana sejarah silamnya yang hebat, namun sangkaan aku meleset apabila melihat keadaan kotanya yang berterabur, kotor dan sistem jalan raya yang bercelaru. Peminta sedekah berkeliaran mencari belas ihsan dari orang ramai dan sudah tentulah mereka mensasarkan pelancong-pelancong asing untuk mendapat ihsan. Disini segalanya perlu dibayar..nak solat pun perlu bayar kerana anda perlu meletakkan kasut di tempat khas dan perlu dibayar! kalau tak, kemungkinan kasut akan hilang! Jadi untuk mengelakkan bayar, kami bersolat secara begilir-gilir kerana masing-masing dari group kami tidak sanggup lagi nak membayar tip kasut tiap kali solat. Lagi satu , kalau kita minta orang mereka ambilkan gambar, pasti mereka akan meminta bayaran juga. Kalau nak ambil gambar unta mereka.. sorry, perlu bayar! Padahal keadaan sekeliling dipenuhi dengan najis unta!    

Kalau ada masa banyak, boleh panjat Piramid ni sampai ke puncak
Kenderaan-kenderaan buruk zaman 70an masih lagi banyak di gunakan diatas jalan raya. Malahan kenderaan baru pun banyak yang kempong, kemek, calar dan ada kesan dilanggar kerana gaya pemanduan di sini berbeza dengan di Malaysia. Mereka lebih agressif dijalan raya. Sehinggakan ada dikalangan group kami membuat jenaka..kalau hon rosak ataupun lampu high beam rosak, anda tak boleh memandu disini! Ini kerana bunyi hon dan menyalakan high beam adalah sesuatu perkara biasa dijalan raya untuk memberi amaran kepada pemandu lain. Kalau di Malaysia, membunyikan hon dan menyalakan lampu tinggi sudah dikira biadap dan  sudah tentulah akan menimbulkan suasana tegang antara pemandu.

Di pintu masuk Piramid Giza
Pertama kali melihat Piramid, aku berasa amat terpegun. Apa taknya, binaan setinggi itu dapat dibina tanpa menggunakan sebarang mesin dan batunya pula sebrat antara 1 tan -berpuluh  tan dan batu tersebut pula diambil dari sebuah tempat yang jauhnya 1000 km dari Giza iaitu di Aswan

Makanan orang Mesir.. masakan cara tradisional
Tukang masak roti ini meminta bayaran apabila aku mengambil gambar mereka kerana aku  meminta mereka posing... tapi lepas ambil gambar, aku terus cabut.

Jalan raya di Kaherah bukan sahaja dilalui oleh Kenderaan bermotor, malahan kenderaan haiwan pun masih bayaklagi digunakan... Kuda, Unta dan Keldai banyak dijalanraya dan digunakan sebagai kenderaan pengangkutan dan mengangkut barang... Jadi penjualan makanan haiwan di tepi jalan adalah pemandangan biasa di Kaherah malahan, najis haiwan juga bersebah-sepah di atas jalanraya... Suasana kebersihan di Kaherah  jauh berbeza dengan bandar-bandar utama di Malaysia
Inilah rupa pengangkutan awam yg popular di Kaherah. Pintu tak pernah ditutup
Satu yang menarik sepanjang jalanraya di Kaherah.. aku tidak bertemu dengan traffic light. Tiada langsung dan kalau ada pun tidak berfungsi...menurut pelajar di Kaherah, kalau traffic light berfungsi sekali pun, pemandu disini tak akan patuhi... bagi aku hanya orang yang berani mati sahaja yang berani memandu di Kaherah!

Sphnix di Giza
Lagi satu, peniaga di kawasan pelancongan tidak jujur... mereka tidak meletakkan tanda harga dan akan mengenakan harga yang tinggi kalau pelanggan adalah warga asing. Aku sudah terkena... harga minuman botol 500ml yang sekitar RM2.50 sebotol di Malaysia, aku perlu membayar RM10 utnuk sebotol.. mula-mula akau tak perasan kerana belum mahir untuk convert dari Pound Mesir ke Ringgit..tapi setelah 1 hari berlalu, baru aku sedar yang aku sudah kena kencing dengan peniaga yg tak jujur! Ini negara 95% Islam..ramai ulamak terkenal, sejarah Islamnya hebat... Universitinya juga hebat-hebat, tapi rakyatnya ada juga yang bersikap sebegini!


Piramid yg terbesar di Giza
Tarian Gelek... masih popular di Mesir terutama untuk
hiburan pelancongMereka membuat persembahan semasa aku
makan malam di atas feri menyusuri Sg Nile


Tarian tradisional Arab Mesir.. dia pakai gaun
Teksi buruk tahun 70an masih dijalanraya
Tramp pun buruk juga
Pasar Khan Khalili. Ramai peniaga boleh berbahasa Melayu

Di luar muzium Kaherah... dalam muzium tak boleh ambil photo
Kala nak dibanding dengan Muzium Negara, bagikan langit
dengan bumi!Semua artifaknya adalah sebelum masehi. Boleh
lihat mumia di Muzium ini ,namun perlu membayar extra lagi

Bangunan di Kaherah. Bangunan dini tak perlu cat.. semua warna coklat,
macam warna debu. Kalu business cat di Mesir, boleh lingkup!
Di Iskandariah. Ada peniaga jual pisang atas kereta kuda


Tepi pantai di Iskandariah
Kuda atas trek tram.. jual buah oren. Pengalaman unik


Tram pun jam... kenderaan boleh blok jalan tram begitu sahaja

Temui Proton Gen2 di Kaherah walaupun berdebu.. Hidup Proton!

tarian gelek dalam feri di Sg Nile

Kereta Kuda masih banyak di jalanraya

Kereta Kuda menjual Pisang di luar Masjid

Keldai pun masih banyak di jalanraya

Disebalik banyak cerita-cerita kekejaman dan keangkuhan Firaun dalam Al-Quran dan sejarah kenabian, ada juga jasa Firaun pada pada Mesir hingga sekarang, malahan salah satu sumber ekonomi terpenting Mesir iaitu Pelancongan.  Jutaan pelancong datang ke Mesir tiap tahun hanya kerana ingin melihat binaan yang dianggap sebagai salah satu keajaiban dunia iaitu Piramid.

Sekian....