Friday, August 21, 2015

Makam Sahabat Rasullullah di Luar Tanah Arab

1. Abu Ayyub Al-Ansari
- Makam di Constanitopel (Istanbul)


Abu Ayub al-Ansari ra adalah sahabat Rasulullah daripada kaum Ansar. Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub al-Ansari. Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk baginda menerima tetamu.

Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi, beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.

Masjid Sultan Ahmed di Istanbul ( Masjid Biru). Siap dibina pada tahun 1616
Abu Ayyub tidak pernah terlepas dari menyertai mana-mana peperangan sejak zaman Rasulallah. Semasa zaman Khalifah Muawiyah dalam peperangan menyebar Islam ke Constantinopel (674M), Abu Ayyub tetap berkeras menyertai kempen jihad walaupun ketika itu umur Abu Ayyub lebih dari 80 tahun.

Dalam peperangan tersebut di Constanitopel, Abu Ayyub mengalami kecederaan yang teruk dan beliau ditanya oleh Panglima tentera ketka itu Abu Yazid bin Muawiyah,

"Adakah tuan mahu wasiatkan apa-apa sebelum kematianmu wahai Abu Ayub?"

Abu Ayyub menjawab, 

"Sampaikan salamku kepada seluruh tentera Islam dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Konstantinople".

Ketika keadaan beliau sudah cukup tenat, beliau berwasiat untuk dikuburkan diluar kubu Constantinopel. Ketika ditanya mengapa beliau mahu di kuburkan diluar kubu tersebut, beliau berkata kepada Penglima Tentera Muawiyah:
Hagia Sofya dari luar. Dibina pada tahun 532M dan siap pada tahun 537M pada zaman Kerajaan Byzantine di Constatinopel.
Ditukar menjadi Isstanbul oleh Sultan Muhammad Al Fateh



"Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.

Setelah hampir 800 tahun berlalu, iaitu pada tahun 1453M (beliau meninggal dunia 674M), Constantinopel berjaya di jatuhkan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dari Khalifah Uthmaniyyah. Kota Constantinopel kemudian ditukar nama kepada Istanbul.

Didalam Hagia Sofya.. Asalnya adalah gereja pada zaman Constanitopel (537M), kemudian ditukar menjadi Masjid oleh Sultan Muhammad Al Fateh ( 1453M) dan di tukar kepada Muzium oleh Mustafa Kemal Atatturk (1924M)
Selepas kemenangan di Constanitopel kisah makam Abu Ayyub diluar kota Constantinople telah menarik minat Sultan Muhammad Al-Fateh. Ingin benar beliau menemui makam sahabat nabi itu. Untuk makluman pembaca,  kemenangan kali ini merupakan percubaan kali ke 11 oleh tentera Islam sejak dari zaman Khalifah Muawiyah lagi. Untuk itu, Sultan Muhammad  telah meminta nasihat daripada guru agama beliau, Sheikh  ShamsuddinUlama ini kemudiannya bertawajjuh dan bermimpi menemui kubur Abu Ayyub al Ansari.


Diluar maqam Abu Ayyub Al Ansari


Sultan Muhammad Al Fateh memerintahkan tenteranya mencari kubur Abu Ayyub dan setelah menjumpai kuburnya beliau mengarahkan digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Selepas digali, tentera menjumpai bahagian kakinya terlebih dahulu. Disini Sultan Muhammah Al Fateh mengarahkan tenteranya mencium kakinya yang fizikalnya masih segar.

Walaubagaimanapun, Sultan Muhammad Al Fateh gagal menciumnya tatkala mahu mencium, tiba-tiba kaki itu tertarik ke dalam tanah semula dan kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali beturut-turut. Pada malam itu, Sultan Muhammad al Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al Ansari. Abu Ayyub berkata kejadian itu berlaku kerana rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad Al Fateh. Padanya, tidak layak orang yang berjaya menawan kota Konstantinopel dan realisasikan hadis nabi mencium kakinya yang gagal menjejakkan kaki ke dalam kota Konstantinopel.


Rasullullah berkata ketika menggali  parit semasa perang Khandaq ( 5 H) "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja dan tenteranya juga sebaik-baik tentera..."


Makam Sahabat nabi  Abu Ayyub Al Ansari di Istanbul. Ada kompleks masjid  di Maqam beliau.
Al- Fatihah. 
Selepas itu, Sultan Muhammad al Fateh mewajibkan semua tenteranya meziarahi makam Abu Ayuub al Ansari sebagai motivasi pembakar semangat sebelum pergi ke mana-mana medan jihad menghadapi tentera Eropah ke atas Kerajaan Uthmaniyyah.

Apakah kita juga menjadikan Hadis Nabi SAW sebagai pendorong untuk membuktikan kebenaran Hadis untuk umat akhir zaman. Rasulullah SAW ada bersabda bahawa di akhir zaman Islam akan bangkit dari sebelah Timur? Sejauhmanakah kesungguhan kita untuk menjadi orang-orang yang menyemarakkan Islam di sebelah Timur ini?

______________________________________________________________________________
Kisah Makam sahabat Nabi di luar Tanah Arab II

Saad Abi Waqqas
(Makam di Guangzhou, China)


Saad bin Abi Waqas dikenal sebagai penyebar Islam di Cina. Lahir dan di besar di kota Makkah, ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan cerdas.. Orang-orang selalu membandingkannya dengan “singa muda”. Ia berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orangtuanya, terutama ibunya. Meskipun berasal dari Makkah, ia sangat benci pada agamanya dan cara hidup yang dianuti masyarakatnya (jahiliyah). Ia membenci upacara penyembahan berhala yang menjadi budaya di Makkah saat itu.

Suatu hari dia didatangi Abu Bakar yang dikenal sebagai orang yang ramah. Ia mengajak Saad menemui Muhammad di sebuah bukit dekat Makkah. Pertemuan itu amat berkesan di jiwa Saad yang ketika itu baru berusia 20 tahun. Saad segera menerima undangan Nabi Muhammad SAW untuk menjadi penganut Islam. Saad kemudian menjadi salah satu sahabat yang pertama masuk Islam. 

Saad sendiri memiliki hubungan kekerabatan dengan Rasulullah Saw. Ibunda Rasul, Aminah binti Wahab, berasal dari suku yang sama dengan Saad, yaitu dari Bani Zuhrah. Kerana itu, Saad juga sering disebut sebagai Saad dari Zuhrah untuk membezakannya dengan Saad-Saad yang lain. Keislaman Saad mendapat tentangan keras terutama dari keluarga dan anggota sukunya. Ibunya bahkan mengancam akan bunuh diri.

Di luar masjid Saad Abi Waqqas di Guangzhou, China. Makam beliau juga di kawasan masjid ini


Dijamin Syurga

Suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke ufuk dan berkata, “Seorang penghuni surga akan muncul.” Ketika para sahabat mencari di sekeliling siapa yang dimaksud Nabi, tiba-tiba Sa’ad muncul. \

Abdullah bin Amr menanyakan “rahsia” sehingga mendapat jaminan surga.  Sa’ad mengatakan, “Ibadah yang aku kerjakan juga dikerjakan yang lain, kecuali aku tidak pernah menaruh dendam atau berniat jahat terhadap kaum muslimin.”

Saad terlibat dalam Perang Badar bersama saudaranya, Umair, yang kemudian syahid bersama 13 pejuang Muslim lainnya. Pada perang Uhud, bersama Zaid, Saad terpilih menjadi salah satu pasukan pemanah terbaik Islam.  Saad berjuang dengan gigih dalam mempertahankan Rasulullah Saw setelah beberapa pejuang Muslim meninggalkan posisi mereka. Saad juga menjadi sahabat dan pejuang Islam pertama yang tertembak panah dalam upaya mempertahankan Islam. 

Saad juga merupakan salah satu sahabat yang dikurniai kekayaan yang banyak dan digunakannya untuk kepentingan dakwah. Ia juga dikenal kerana keberaniannya dan dermawannya. Saad hidup hingga usianya menjelang 80 puluh tahun. 
Maqam yang dikatakan milik Saad Abi Waqqas di Guangzhou


Maqam lain di luar bangunan maqam Saad Abi Waqqas


Dimana Saad bin Waqas Dimakamkan?

Menurut catatan rasmi dari Dinasti Tang yang berkuasa pada 618-905 M dan berdasarkan catatan serupa dalam buku A Brief Study of the Introduction of Islam to China karya Chen Yuen, Islam pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M. Disebutkan, Islam masuk ke China melalui utusan yang dikirim oleh Khalifah Usman bin Affan (23-35 H / 644-656 M).

Menurut catatan Lui Tschih, penulis Muslim China pada abad ke-18, Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas, bersama sahabat lainnya pada tahun 616 M. Catatan tersebut menyebutkan, Saad bin Abi Waqqas dan tiga sahabat lainnya datang ke China dari Abyssinia atau yang sekarang dikenal dengan Etiopia. 

Setelah kunjungan pertamanya. Saad kemudian kembali ke Arab. Ia kembali lagi ke China 21 tahun kemudian atau pada masa pemerintahan Usman bin Affan, dan datang dengan membawa salinan Al Quran.  Usman pada masa kekhalifahannya memang menyalin Al Quran dan menyebarkan ke berbagai tempat, demi menjaga kemurnian kitab suci ini. 

Wanita China sedang besolat di Masjid Saad Abi Waqqas


Pada kedatangannya yang kedua di tahun 650, Saad berlayar melalui Lautna Hindi ke Laut China menuju pelabuhan laut di Guangzhou. Kemudian ia berlayar ke Xi’an melalui laluan yang kemudian dikenal sebagai Jalan Sutera. Bersama para sahabat, Saad datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Maharaja Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683). 

Namun Islam sebagai agama tidak langsung diterima oleh Maharaja.  Setelah melalui proses penyelidikan, Maharaja kemudian memberikan izin bagi pengembangan Islam yang dirasanya sesuai dengan ajaran Konfusius.

Mahajara China ketika itu merasakan kewajiban solat lima kali sehari dan puasa sebulan penuh terlalu berat baginya hingga akhirnya ia tidak jadi memeluk Islam.  Namun begitu, ia mengizinkan Saad bin Abi Waqqas dan para sahabat untuk mengajarkan Islam kepada masyarakat di Guangzhou. Oleh orang Cina, Islam disebut sebagai Yi si lan Jiao atau agama yang murni. Kota Makkah disebut sebagai tempat kelahiran Buddha Ma-hia-wu (atau Rasulullah Muhammad SAW). 

Saad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan ia mendirikan Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga di China.
 Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati berbagai monumen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. 

Diluar Masjid Guang Ta Lu
Masjid ini juga dikenal dengan nama Masjid Guang ta, kerana masjid dengan menara yang indah ini yang letaknya di jalan Guangta. Ta bermaksud menara kerana menurut sejarahnya menara masjid ini adalah yang tertinggi pada awal pemdiriannya dibandingkan bangunan lain. Sebagian orang percaya Saad bin Abi Waqqas menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di Guangzhou, China. Sebuah pusara diyakini sebagai makamnya. Makamnya menjadi tempat kunjungan penganut Islam dari seluruh pelusok dunia.

Orang yang datang di Guangzhou merasa tidak lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke makam Saad. Namun, sebahagian lagi menyatakan, Saad meninggal di Baqi’, dekat Madinah, dan dimakamkan dikawasan makam para sahabat. Meskipun tidak diketahui secara pasti di mana Saad bin Abi Waqqas meninggal dan dimakamkan, namun yang pasti ia memiliki peranan penting terhadap perkembangan Islam di China.


Satu lagi cerita mengenai kuburnya ialah menjelang wafatnya, Saad meminta anak lelakinya untuk mengafaninya dengan jubah yang ia gunakan dalam perang Badar. ”Kafani aku dengan jubah ini kerana aku ingin bertemu Allah SWT dalam pakaian ini,” ujarnya.


Kalaupun kubur yang ada di China itu bukan kubur Saad bin Abi Waqas tetapi pastinya kubur tersebut adalah kubur seorang berbangsa Arab yang memiliki jasa besar kepada perkembangan Islam di China.

Sekian.




Make $35 per hour : http://bit.ly/elance_web

Saturday, May 23, 2015

Sultan Muhammad Al-Fateh dan Ahmet Davutoglu (PM Turki sekarang)


Photo Sultan Muhammad Al Fateh
Rasullullah bersabda ketika menggali  parit semasa perang Khandaq


 "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya sewaktu itu adalah sebaik-baik raja dan tenteranya juga sebaik-baik tentera..." - Diriwayatkan oleh Imam Ahmad


Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw  sebaik-baik Raja dalam hadis tersebut? dan siapakah sebaik-baik tentera sepertimana sabda Rasulullah? dan bilakah Konstantinopel (Istanbul) jatuh ke tangan tentera islam?


Selepas 800 tahun lamanya Sabda Rasullulah saw, barulah Konstatinople jatuh ke tangan Islam iaitu pada 29 Mei 1453 (857H) dan Rajanya ketika itu ialah Sultan Muhammad Al Fateh dari Khalifah Uthmaniyyah. Siapakah Muhammad Al Fateh (sebaik-baik raja seperti sabda Rasulallah saw)

Fakta ringkas mengenai Sultan Muhammad Al- Fateh:
1. Fasih menguasai 7 bahasa (Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin)
2. Berbangsa Turki (bukannya Arab)
3. Tidak pernah meninggal solat, solat rawatib dan solat malam sejak baligh ketika menawan Istanbul
4. Menaiki takhta pada usia 21 tahun selepas kemangkatan ayahandanya
5. Tahfiz ketika berusia 8 tahun
6. Mengarahkan kapal di 'layarkan' di daratan sejauh 5 km ke Teluk Tanduk Emas untuk menawan Istanbul 
7. Mempunyai 200,000 orang tentera yang tidak pernah meninggalkan solat sejak akil baligh ketika menawan Istanbul
8. Menukarkan nama Constantinopel kepada Islambol
9. Menukar Gereja besar Hagia Sophia kepada Masjid Aya Sofya

Antara kata semangat beliau  "Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku".


Ahmet Davutoglu ketika melawat kem Rohingya di  Myanmar pada tahun 2012  semasa menjawat jawatan Menteri Luar
Prof. Dr. Ahmet Davutoglu

1. Perdana Menteri Turki (2014- sekarang)
2. Menteri Luar (2009-2014)
3.  Pernah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak dari 1990-1993 sebagai Assistant Professor
4. Menguasai 4 bahasa  English, German and Arabic. Français & sedikit B. Malaysia
6. Memberi bantuan  USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan kepada Rohingya
5. Memiliki PhD in Political Science and International Relations dari Boğaziçi University
 Antara kata-kata semangatnya yang menyebab aku terkesan ialah "Dimana ada Azan, disitulah tanah airku"

Berlatar belakang Hagia Sophia...Gereja yang ditukar menjadi Masjid oleh Sultan Al Fateh & sekarang adalah muzium

Antara berita di media mengenai bantuan Turki kepada Rohingya:

21 Mei 2015- ISTANBUL - TURKI. Selepas menghantar kapal bantuan, kerajaan Turki bertindak menyalurkan bantuan sebanyak USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian Rohingya.
Agensi berita Turki, Hurriyet Daily melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 20 Mei lepas untuk memaklumkan perkara tersebut.
Perdana Menteri Turki, Ahmet DavutoÄŸlu memaklumkan bahawa tentera laut Turki sudah mula memulakan operasi menyelamat di perairan Malaysia dan Thailand pada 19 Mei lepas.
Katanya, operasi tersebut yang dibantu oleh Organisasi Migran Antarabangsa (IOM) dan angkatan bersenjata Turki akan melakukan sedaya-upaya untuk menyelamatkan mana-mana bot pelarian Rohingya yang terkandas.- Sinar Harian

Monday, April 6, 2015

Pengalaman di Guangzhou China

Masjid Saad Abi Waqqas di Guangzhou, Beliau merupakan bapa saudara Nabi Muhammad yang menyebarkan Islam di China pada  sekitar tahun 650M. Beliau merupakan salah seorang Ahli syurga seperti yang di sabdakan Rasullullah.
March 2015- Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guangzhou juga dikenali sebagai Canton mengambil masa 4 jam penerbangan. Guangzhou merupakan kota ke 3 terbesar di China dan terbesar di selatan China. Penduduknya dianggarkan seramai 12.7 juta orang dan terletak kira-kira 120km dari Hong Kong dan 145 dari Macau. Guangzhou pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia pada tahun 2010.

Guangzhou merupakan tempat memborong utama didunia...sebut sahaja nak borong apa... semuanya ada di Guangzhou. Jika anda perasan ada banyak  kursus memborong di  China satu ketika dulu, Guangzhou lah tempat yang dimaksudkan.


PRE-DEPARTURE
1. Rakyat Malaysia perlu ada Visa untuk ke China. Aku meminta agen pelancongan untuk memohon visa. Proses mengambil masa 4 hari untuk siap di Kedutaan China di KL.

2. Aku akan mengaktifkan kad ATM dan  kad kredit. Untuk aktifkan ATM hanya perlu ke mesin ATM  > lain-lain urusniaga > aktifkan PLUS. Untuk pengaktifan kad kredit di luar negara perlu menghubungi bank. Biasanya aku jarang mengeluarkan wang di mesin ATM di luar negara kerana caj yang tinggi  kedua-dua bank (bank Malaysia dan bank China) akan mengenakan caj.

3. Sebagai back-up juga, aku akan membawa matawang USD dan EURO selain Yuan kerana matawang ini boleh ditukar dimana-mana negara... malahan di Guangzhou penukaran wang asing boleh dilakukan di mesin ATM untuk 5 matawang utama  seperti USD, Euro, Yen, Australia Dollar dan Hong Kong.

4. International Adapter

5. Bagi negara yang sukar mencari makanan halal, mee segera,  minuman 3 in 1 dan biskut kering adalah menu  sebagai back-up jika berasa was-was. Tapi alhamdulillah.. mudah mencari makanan halal di Guangzhou. Tidakpun, aku akan ke McD dan order McFish.

5. Guangzhou adalah daerah yang mempunyai 4 musim. Walaupun tiada salji, namun pada musim sejuk suhu boleh mencecah 2-5 celcius. Musim sejuk biasanya pada bulan November- Februari. Sila semak suhu sebelum berangkat.

6. Nilai Yuan Renminbi ketika Mac 2015 RMB100=RM59. Banyak matawang palsu RMB100 dan kadangkala dari ATM pun boleh keluar wang palsu. Ringgit lebih besar dari Yuan..namun sepinggan Nasi Goreng Cina/ Mc Fish ialah RMB15 atau RM9 tanpa air.

7. Jarak dari Airport ke Pusat Bandar kira-kira 30km atau 30-45 minit perjalanan. Tambang sekitar RMB132 (RM70-80). Aambil teksi diluar airport ditempat teksi  dan elakkan dari menggunakan kutu dan teksi akan menggunakan meter. Anda dinasihatkan untuk mencetak nama hotel dalam bahasa Mandarin kerana kadang-kala pemandu teksi tidak tahu membaca tulisan rumi.

8. Di China, Facebook, Google (semua aplikasi google), Instagram, Youtube tidak dapat diakses kecuali anda menggunakan data roaming. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan sebanyak maklumat sebelum ke China jika pengembaraan secara Backpackers

Di Station Metro Ximenkou. Semau station dibawah tanah dan mempunyai 8 lines yang ada connectiong setiap line. Memang efisyen dan kekerapan keretapi setiap 2-3 mint sahaja..namun, sentiasa penuh dan sesak.
Salah satu entry/exit ke Metro. Biasanya setiap station mempunyai 4- 10 exit dan penumpang perlu memilih exit yang terhampir untuk tempat yg ditujui
GUANGZHAU METRO
Sebelum berangkat dinasihatkan untuk install apps Guangzhau Metro di smartphone masing-masing atau print map Metro. Memang berbaloi menggunakan Metro Guangzhou kerana amat efisyen dan kadar tambang hanya diantara Yuan 2-4 sahaja (sekitar RM1.20-2.50) untuk perjalanan sehala.

Map Metro Guangzhou. Boleh dapat free map di google apps & install di HP
Pertukaran train berada di station yang sama dan mempunyai dwi bahasa (Mandarin & English) di setiap Metro. Ini lebih mudah berbanding menaiki teksi yang kadang-kala pemandu tidak boleh membaca tulisan rumi dan tidak memahami dialek kita.

MASJID DI GUANGZHOU
Aku sampai Hotel Guangzhou pada hari Jumaat jam 11 pagi dan pihak hotel tidak membenarkan untuk check-in dulu sehingga jam 2pm. Aku dan 2 rakan lagi sepakat untuk mencari masjid yang menempatkan makam ayah saudara Rasulallah, yang disabdakan sebagai ahli  syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas.  Hanya berbekalkan alamat yang di perolehi dari google map sebelum berangkat, buat kali pertama kami menaiki metro untuk ke Masjid Huaisheng. Syukur dapat bertembung dengan 2 warga India yang memakai kopiah dan kami bertanyakan lokasi masjid tersebut. Setelah telah menjumpai masjid tersebut, kami mencari makam Saad Abi Waqqas, namun rupanya makam tersebut berada di masjid yang lain iaitu masjid Abi Waqqas yang kebetulan terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari Hotel penginapan kami.

Masjid Huaisheng atau Masjid Guanta Lu merupakan salah satu masjid yang tertua didunia yang dibina sekitar tahun 650 M oleh Saad Abi Waqqas ketika misi beliau menyebarkan ajaran Islam di China.

Dua  Masjid ini sempat aku zirah :
1. Masjid Huaisheng (Masjid Tertua di China)- Ambil Metro Line 1, Station Ximenkoa, exit B.  Cari jalan Guanta Lu
2. Masjid Saad Abi Waqqas (Maqam Saad Abi Waqqas)-  Metro Line 2, Station Yuexie Park, exit B. Cari kedai runcit Halal dan Taman Orkid. 

Makam Saad Abi Waqqas di Guangzhou. Namun ada pendapat menyatakan beliau wafat di Madinah dan di makamkan di Baqi' dan dikafankan dengan baju yang digunakan semasa Perang Badar. Mungkin ini makam salah seorang kabilah yang turut bersama-sama Saad menyembangkan Islan di China.

Seorang warga China yang memegang colok  dan menggoyang seperti penganut Buddha dan membaca sesuatu diluar makam Saad Abi Waqqas. Saya beranggapan colok  ini adalah budaya masyarakat China





Kuburan Orang Islam di China bersebelahan makam Saad Abu Waqqas.. juga terdapat colok.
Interior dalam Masjid Saad Abi Waqqas Guangzhou
MAKANAN HALAL
Banyak restoran Halal di Guangzhou dan kebiasaanya muslim di Guangzhou akan memakai kopiah dan mempunyai tulisan Halal di luar kedai atau gerai. Namun, bagi ketika perjalanan yg tidak dirancang, susah juga nak cari restoran halal. Pilihan terakhir ialah makan di Restoran McD dan memilih McFish untuk mengalas perut.

Disekeliling masjid Huaisheng ada banyak restoran halal malahan di tempat-tempat memborong juga ada restoran halal. Rasa nasi Goreng Cina di China sama je macam di Malaysia

SHOPPING DAN MEMBORONG DI GUANGZHOU
Ada 2 tempat membeli belah yang popular di Guangzhou:

1. Shangxia Lu - Metro Line 1 station Changshau Lu. Perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit untuk sampai ke jalan ini yang memang di tutup untuk orang membeli belah
Suasana malam di Shangxia Lu Pedestrian Street ( Lu = Jalan)
2. Beijing Lu - Metro Line 2 station Gongyuanqian atau Metro Line 6 station Beijing Lu. Jalan Raya ini memang ditutup bagi memudahkan oang ramai berbelanja dan berjalan-jalan.

Di Jalan Beijing Lu Utara. Kawasan ini menempatkan pelbagai pilihan barang yang lebih berjenama berbanding di Shagxia Lu

MEMBORONG DI GUANGZHOU
Kalau anda bercita-cita ingin menjadi peniaga, memang sesuailah untuk ke Guangzhou dan memborong apa sahaja dengan harga yang amat murah dan boleh dijual di Malaysia dengan 5-10 kali ganda margin. Satu ketika dulu Malaysia ada kedai RM2...itulah barang-barang yg boleh di perolehi di tempat memborong Guangzhou.

Secara ringkasnya barangan yang boleh memborong di Guangzhou:
1. Borong Mainan - Station Metro 6 -Yade Lu atau Haizu Square
2. Pusat Borong Pakaian fesyen- Metro Line Guangzhou Railway Station
3. Handphone, Digital City dan Gajet - Metro Line 6- Station Culture Park
4. Jam Tangan - Metro Line 2-  Guangzhou Railway Station
5. Batu Jade- Station Changshau Lu
6. Barangan Kulit (handbeg, tali pinggang, beg dll)- Baiyun Leather Market
7. Kasut
7. Pakaian kanak-kanak
8. Peralatan Sukan
9. Stationery
10. Cermin Mata
11. Cadar, Hardware, cenderamata, alatan makmal, dan macam-macam....

Carilah mana-mana blog 'memborong di China' untuk tahu lokasi yang lebih tepat dan tip-tip untuk memborong

Untuk tempat tempat ini aku hanya bekesempatan pergi ke Plaza borong Electronic & HP, mainan dan pakaian dan melihat dari luar plaza borong Batu Jade. Kalau beli dalam kuantiti sedikit harga tidaklah jauh beza dengan Malaysia, tapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak (i.e >10 pcs) memang 3-10 kali ganda lebih murah dari harga pasaran.

Setiap tempat borong akan ada pejabat agen perkapalan & tepat pembungkusan. Aku nasihatkan kepada sesiapa yang baru berjinak untuk berniaga..eloklah pergi ke kursus borang di China terlebih dahulu supaya dapat  tips, cara shipping, kenal pemborong, peraturan kastam dan peluang yang ada di Guangzhou. Tidak semua peniaga Gangzhou boleh berbahasa Inggeris dan kebanyakkan memang tidak tahu cakap bahasa Inggeris.

Aku hanya memberi  powerbank, jam kanak-kanak, gajet LED yang harganya jauh lebih murah dari Malaysia... dan paling sedih, aku ada membeli Drone with camera (harga RM105)   tapi bila balik Malaysia aku menerbangkan dengan tinggi dan oleh kerana belum pandai kawal, drone tersangkut pada ranting pokok dan terhempas... terus rosak.. ha..ha.. baru nak cuba jadi spy, drone terus rosak.. bagi yang tak tahu drone gambarnya dibawah ini .. harga di Malaysia sekitar RM250-Ribuan sebuah.

Inilah rupa Drone with camera yang aku beli...baru try sekali dah terhempas dan terus rosak

Sekian, terima kasih.
Gambar sebagai kenangan

Permandangandi tepi jalan raya

Peniaga Islam China yang menjual Daging... Sejuk mata memandang rupa umat Islam di China 

Diluar Masjid sebelum solat Jumaat terdapat pelbagai umat Islam menjual makanan



Beca ini ada enjin elektrik... lajuuuu

Wanita China di Masjid ketika solat Jumaat

Derma untuk membina Masjid
Kota Guagzhou dari pearl River



Canton Tower..bangunan tertinggi di Guangzhou