Monday, April 6, 2015

Pengalaman di Guangzhou China

Masjid Saad Abi Waqqas di Guangzhou, Beliau merupakan bapa saudara Nabi Muhammad yang menyebarkan Islam di China pada  sekitar tahun 650M. Beliau merupakan salah seorang Ahli syurga seperti yang di sabdakan Rasullullah.
March 2015- Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Guangzhou juga dikenali sebagai Canton mengambil masa 4 jam penerbangan. Guangzhou merupakan kota ke 3 terbesar di China dan terbesar di selatan China. Penduduknya dianggarkan seramai 12.7 juta orang dan terletak kira-kira 120km dari Hong Kong dan 145 dari Macau. Guangzhou pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Asia pada tahun 2010.

Guangzhou merupakan tempat memborong utama didunia...sebut sahaja nak borong apa... semuanya ada di Guangzhou. Jika anda perasan ada banyak  kursus memborong di  China satu ketika dulu, Guangzhou lah tempat yang dimaksudkan.


PRE-DEPARTURE
1. Rakyat Malaysia perlu ada Visa untuk ke China. Aku meminta agen pelancongan untuk memohon visa. Proses mengambil masa 4 hari untuk siap di Kedutaan China di KL.

2. Aku akan mengaktifkan kad ATM dan  kad kredit. Untuk aktifkan ATM hanya perlu ke mesin ATM  > lain-lain urusniaga > aktifkan PLUS. Untuk pengaktifan kad kredit di luar negara perlu menghubungi bank. Biasanya aku jarang mengeluarkan wang di mesin ATM di luar negara kerana caj yang tinggi  kedua-dua bank (bank Malaysia dan bank China) akan mengenakan caj.

3. Sebagai back-up juga, aku akan membawa matawang USD dan EURO selain Yuan kerana matawang ini boleh ditukar dimana-mana negara... malahan di Guangzhou penukaran wang asing boleh dilakukan di mesin ATM untuk 5 matawang utama  seperti USD, Euro, Yen, Australia Dollar dan Hong Kong.

4. International Adapter

5. Bagi negara yang sukar mencari makanan halal, mee segera,  minuman 3 in 1 dan biskut kering adalah menu  sebagai back-up jika berasa was-was. Tapi alhamdulillah.. mudah mencari makanan halal di Guangzhou. Tidakpun, aku akan ke McD dan order McFish.

5. Guangzhou adalah daerah yang mempunyai 4 musim. Walaupun tiada salji, namun pada musim sejuk suhu boleh mencecah 2-5 celcius. Musim sejuk biasanya pada bulan November- Februari. Sila semak suhu sebelum berangkat.

6. Nilai Yuan Renminbi ketika Mac 2015 RMB100=RM59. Banyak matawang palsu RMB100 dan kadangkala dari ATM pun boleh keluar wang palsu. Ringgit lebih besar dari Yuan..namun sepinggan Nasi Goreng Cina/ Mc Fish ialah RMB15 atau RM9 tanpa air.

7. Jarak dari Airport ke Pusat Bandar kira-kira 30km atau 30-45 minit perjalanan. Tambang sekitar RMB132 (RM70-80). Aambil teksi diluar airport ditempat teksi  dan elakkan dari menggunakan kutu dan teksi akan menggunakan meter. Anda dinasihatkan untuk mencetak nama hotel dalam bahasa Mandarin kerana kadang-kala pemandu teksi tidak tahu membaca tulisan rumi.

8. Di China, Facebook, Google (semua aplikasi google), Instagram, Youtube tidak dapat diakses kecuali anda menggunakan data roaming. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan sebanyak maklumat sebelum ke China jika pengembaraan secara Backpackers

Di Station Metro Ximenkou. Semau station dibawah tanah dan mempunyai 8 lines yang ada connectiong setiap line. Memang efisyen dan kekerapan keretapi setiap 2-3 mint sahaja..namun, sentiasa penuh dan sesak.
Salah satu entry/exit ke Metro. Biasanya setiap station mempunyai 4- 10 exit dan penumpang perlu memilih exit yang terhampir untuk tempat yg ditujui
GUANGZHAU METRO
Sebelum berangkat dinasihatkan untuk install apps Guangzhau Metro di smartphone masing-masing atau print map Metro. Memang berbaloi menggunakan Metro Guangzhou kerana amat efisyen dan kadar tambang hanya diantara Yuan 2-4 sahaja (sekitar RM1.20-2.50) untuk perjalanan sehala.

Map Metro Guangzhou. Boleh dapat free map di google apps & install di HP
Pertukaran train berada di station yang sama dan mempunyai dwi bahasa (Mandarin & English) di setiap Metro. Ini lebih mudah berbanding menaiki teksi yang kadang-kala pemandu tidak boleh membaca tulisan rumi dan tidak memahami dialek kita.

MASJID DI GUANGZHOU
Aku sampai Hotel Guangzhou pada hari Jumaat jam 11 pagi dan pihak hotel tidak membenarkan untuk check-in dulu sehingga jam 2pm. Aku dan 2 rakan lagi sepakat untuk mencari masjid yang menempatkan makam ayah saudara Rasulallah, yang disabdakan sebagai ahli  syurga iaitu Saad bin Abi Waqqas.  Hanya berbekalkan alamat yang di perolehi dari google map sebelum berangkat, buat kali pertama kami menaiki metro untuk ke Masjid Huaisheng. Syukur dapat bertembung dengan 2 warga India yang memakai kopiah dan kami bertanyakan lokasi masjid tersebut. Setelah telah menjumpai masjid tersebut, kami mencari makam Saad Abi Waqqas, namun rupanya makam tersebut berada di masjid yang lain iaitu masjid Abi Waqqas yang kebetulan terletak hanya dalam jarak berjalan kaki dari Hotel penginapan kami.

Masjid Huaisheng atau Masjid Guanta Lu merupakan salah satu masjid yang tertua didunia yang dibina sekitar tahun 650 M oleh Saad Abi Waqqas ketika misi beliau menyebarkan ajaran Islam di China.

Dua  Masjid ini sempat aku zirah :
1. Masjid Huaisheng (Masjid Tertua di China)- Ambil Metro Line 1, Station Ximenkoa, exit B.  Cari jalan Guanta Lu
2. Masjid Saad Abi Waqqas (Maqam Saad Abi Waqqas)-  Metro Line 2, Station Yuexie Park, exit B. Cari kedai runcit Halal dan Taman Orkid. 

Makam Saad Abi Waqqas di Guangzhou. Namun ada pendapat menyatakan beliau wafat di Madinah dan di makamkan di Baqi' dan dikafankan dengan baju yang digunakan semasa Perang Badar. Mungkin ini makam salah seorang kabilah yang turut bersama-sama Saad menyembangkan Islan di China.

Seorang warga China yang memegang colok  dan menggoyang seperti penganut Buddha dan membaca sesuatu diluar makam Saad Abi Waqqas. Saya beranggapan colok  ini adalah budaya masyarakat China





Kuburan Orang Islam di China bersebelahan makam Saad Abu Waqqas.. juga terdapat colok.
Interior dalam Masjid Saad Abi Waqqas Guangzhou
MAKANAN HALAL
Banyak restoran Halal di Guangzhou dan kebiasaanya muslim di Guangzhou akan memakai kopiah dan mempunyai tulisan Halal di luar kedai atau gerai. Namun, bagi ketika perjalanan yg tidak dirancang, susah juga nak cari restoran halal. Pilihan terakhir ialah makan di Restoran McD dan memilih McFish untuk mengalas perut.

Disekeliling masjid Huaisheng ada banyak restoran halal malahan di tempat-tempat memborong juga ada restoran halal. Rasa nasi Goreng Cina di China sama je macam di Malaysia

SHOPPING DAN MEMBORONG DI GUANGZHOU
Ada 2 tempat membeli belah yang popular di Guangzhou:

1. Shangxia Lu - Metro Line 1 station Changshau Lu. Perlu berjalan kaki kira-kira 10 minit untuk sampai ke jalan ini yang memang di tutup untuk orang membeli belah
Suasana malam di Shangxia Lu Pedestrian Street ( Lu = Jalan)
2. Beijing Lu - Metro Line 2 station Gongyuanqian atau Metro Line 6 station Beijing Lu. Jalan Raya ini memang ditutup bagi memudahkan oang ramai berbelanja dan berjalan-jalan.

Di Jalan Beijing Lu Utara. Kawasan ini menempatkan pelbagai pilihan barang yang lebih berjenama berbanding di Shagxia Lu

MEMBORONG DI GUANGZHOU
Kalau anda bercita-cita ingin menjadi peniaga, memang sesuailah untuk ke Guangzhou dan memborong apa sahaja dengan harga yang amat murah dan boleh dijual di Malaysia dengan 5-10 kali ganda margin. Satu ketika dulu Malaysia ada kedai RM2...itulah barang-barang yg boleh di perolehi di tempat memborong Guangzhou.

Secara ringkasnya barangan yang boleh memborong di Guangzhou:
1. Borong Mainan - Station Metro 6 -Yade Lu atau Haizu Square
2. Pusat Borong Pakaian fesyen- Metro Line Guangzhou Railway Station
3. Handphone, Digital City dan Gajet - Metro Line 6- Station Culture Park
4. Jam Tangan - Metro Line 2-  Guangzhou Railway Station
5. Batu Jade- Station Changshau Lu
6. Barangan Kulit (handbeg, tali pinggang, beg dll)- Baiyun Leather Market
7. Kasut
7. Pakaian kanak-kanak
8. Peralatan Sukan
9. Stationery
10. Cermin Mata
11. Cadar, Hardware, cenderamata, alatan makmal, dan macam-macam....

Carilah mana-mana blog 'memborong di China' untuk tahu lokasi yang lebih tepat dan tip-tip untuk memborong

Untuk tempat tempat ini aku hanya bekesempatan pergi ke Plaza borong Electronic & HP, mainan dan pakaian dan melihat dari luar plaza borong Batu Jade. Kalau beli dalam kuantiti sedikit harga tidaklah jauh beza dengan Malaysia, tapi kalau beli dalam kuantiti yang banyak (i.e >10 pcs) memang 3-10 kali ganda lebih murah dari harga pasaran.

Setiap tempat borong akan ada pejabat agen perkapalan & tepat pembungkusan. Aku nasihatkan kepada sesiapa yang baru berjinak untuk berniaga..eloklah pergi ke kursus borang di China terlebih dahulu supaya dapat  tips, cara shipping, kenal pemborong, peraturan kastam dan peluang yang ada di Guangzhou. Tidak semua peniaga Gangzhou boleh berbahasa Inggeris dan kebanyakkan memang tidak tahu cakap bahasa Inggeris.

Aku hanya memberi  powerbank, jam kanak-kanak, gajet LED yang harganya jauh lebih murah dari Malaysia... dan paling sedih, aku ada membeli Drone with camera (harga RM105)   tapi bila balik Malaysia aku menerbangkan dengan tinggi dan oleh kerana belum pandai kawal, drone tersangkut pada ranting pokok dan terhempas... terus rosak.. ha..ha.. baru nak cuba jadi spy, drone terus rosak.. bagi yang tak tahu drone gambarnya dibawah ini .. harga di Malaysia sekitar RM250-Ribuan sebuah.

Inilah rupa Drone with camera yang aku beli...baru try sekali dah terhempas dan terus rosak

Sekian, terima kasih.
Gambar sebagai kenangan

Permandangandi tepi jalan raya

Peniaga Islam China yang menjual Daging... Sejuk mata memandang rupa umat Islam di China 

Diluar Masjid sebelum solat Jumaat terdapat pelbagai umat Islam menjual makanan



Beca ini ada enjin elektrik... lajuuuu

Wanita China di Masjid ketika solat Jumaat

Derma untuk membina Masjid
Kota Guagzhou dari pearl River



Canton Tower..bangunan tertinggi di Guangzhou





26 comments:

  1. Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.

    Keistimewaan Tiket Ini:-
    Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
    Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
    Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.

    Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. saya agak keliru, setahu sy mcd dan kfc tk halal di china, sbb supplier tak sembelih aym tu, mohon pencerahan..

      Delete
    3. Baca betul2... "Pilihan terakhir ialah makan di Restoran McD dan memilih McFish untuk mengalas perut." ....

      Delete
  2. Replies
    1. dekat dengan Masjid Saad Abi Waqqas. Ada banyak hotel area situ

      Delete
  3. Boleh syorkan hotel area borong pakaian?

    ReplyDelete
  4. saya akan ke guangzhou dari johor bahru, harga tiket amat murah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih bagi sharing info

    ReplyDelete
  6. SALAM tuan, tumpang info ya, kami ada manyediakan pakej pelancongan ke Guangzhou, Guangzhou + Shenzen juga, ada 4 hari 3 malam dan ada 5 hari 4 malam, silakan hubungi kami di 017-5367426 ya untuk mendapatkan sebut harga, terima kasih

    ReplyDelete
  7. Terima kasih tips yang berguna.. sy akan ke sana sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam encik nashriq..anda dah biasa ke guangzhou seorangan?ada tips kongsi n wassap2 0172742446 azman ya..teringin kesana juga

      Delete
  8. Assalamualaikum, maaf tumpang lalu, saya akan berada di China pada 17 hingg 25 Oktober 2016. Jika ada yang berminat nak ikut boleh call saya atau whatsapp +60122770700. Saya biasa selok belok di sana sejak 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan nk g mana Di China tu? Sy X prnh pergi n nak pergi bertiga...

      Delete
    2. Tuan nk g mana Di China tu? Sy X prnh pergi n nak pergi bertiga...

      Delete
  9. Saya ke shenzhen dan guangzhou dari 17 - 23 oktober ni .....

    ReplyDelete
  10. assalam ada x no tel org yg mnguruskan pengangkutan utk 12 org.boleh emel saya mairam99@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam.betul kat china kita kena beli dgn kuantiti banyak ,,,,kalau nak borong

    ReplyDelete
  12. Thanks for info... Sronoknye.. sy pon bln 3 backpackers ke sne... moga2 dipermudahkan smuannya.. amin..

    ReplyDelete
  13. saya try nak ke sana pada 30.10.2017 ..tiket murah dah beli dah ..huwaa ..pergi sorang dan first time..tak tau apa nak jadi ..jalan jalan je gi maqam masjid dan keindahan dan kebesaran Allah ... backpacker kot..hikhik... tunjuk ajar ku sifu

    ReplyDelete