Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 11: Aku Menjadi Imam di Masjid Al Haram



Travelog Haji 11: Aku Menjadi Imam di Masjid Al Haram



Ketika  wukuf tinggal lagi 7 hari, keadaan Makkah sudah menjadi semakin sesak dan padat dengan jutaan umat manusia. Hotel tempat saya menginap pun dah penuh sesak. Hampir semua bilik telah dipenuhi dengan tetamu Allah. Lif semakin sesak dan padat dan sering jamm. Masjidil Haram perlu dimasuki 1 jam sebelum waktu solat untuk membolehkan kita solat didalamnya. Kalau lambat, maka kita akan bersolat di atas jalan raya atau dilaluan-laluan ke Masjid Al-Haram. Surau dihotel pula sudah tidak boleh menampung bilangan jemaah yang semakin ramai yang tidak ke Masjid Haram bagi menjaga kesihatan sebelum wukuf atau alasan yang pelbagai. Bukan sahaja di surau Hotel, kebanyakkan tingkat membuat solat berjemaah di tingkat masing-masing. Katanya boleh memuatkan 40 orang di ruang depan lif. Saya tidak pasti kerana tingkat 8 tidak buat solat jemaah. Kebanyakan di tingkat yang atas kerana mereka sukar untuk turun lif.
Kedudukan Imam Al Haram biasanya di belakang Pintu Kaabah

Satu hari diwaktu Asar, saya merancang untuk turun ke surau sebaik sahaja solat Asar selesai. Ini kerana solat terpaksa dibuat 2 shift kerana ramai yang tidak dapat bersolat kerana ketiadaan tempat.  Saya turun ke surau selepas 15 minit waktu Asar dengan berniat untuk solat pada shift yang kedua. Lazimnya, kami tidak naik kebilik selepas solat Asar dan terus ke Masjid Al Haram sehingga Isyak. 
Imam Al Haram diiring keluar selepas solat ( cuba cari)

Sebaik sampai di surau, alhamdulillah jemaah telah habis solat Asar dan saya menunggu untuk solat asar shift yang kedua. Selepas menunggu 10 minit, nampaknya tanggapan saya salah… tiada jemaah lagi yang belum solat hanya saya dan isteri sahaja. Surau di Hotel bukanlah surau seperti di tempat lain, tetapi sebenarnya ia adalah lobi hotel yang dijadikan surau bila waktu solat.  Jemaah-jemaah yang telah selesai solat Asar duduk bersantai-santai di lobi, ada yang minum petang, menalefon keluarga dan pelbagai urusan lain di lobi seperti dobi, kaunter telefon dan pejabat sementara TH. Keadaan sudah tidak menjadi kondusif untuk bersolat.

Saya dan Aza merasa segan untuk solat asar berdua di lobi hotel  dan kami membuat keputusan untuk solat Asar di Masjid Al Haram. Di Masjid Al Haram, kami mencari lokasi yang sedikit tersembunyi dan saya menjadi Imam untuk solat Asar dan makmumnya hanya isteri ku seorang. Alhamdulillah, saya berjaya menjadi imam di Masjidil Al Haram dengan seorang jemaah. 

Bolehlah…apa yang penting saya telah menjadi imam di Masjid Al haram walaupun jemaah hanyalah isteri ku seorang.

 
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. GRATIS


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:



Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

No comments:

Post a Comment