Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 16: Perkara Ajaib di Makkah



Travelog Haji 16: Perkara Ajaib Makkah

Apabila pulang ke Malaysia, ramai rakan-rakan bertanya kepada saya soalan ini,

 “Syazli, Ada terjumpa perkara aneh semasa di Makkah”

Saya menjawab tiada. Memang tiada. Tapi hakikatnya banyak peristiwa-peristiwa ajaib di Makkah memang telah diketahui umum.
Di Malaysia juga banyak berlaku perkara ajaib dan aneh tetapi kita tidak melihat sebagaimana kita melihat di Makkah dan Madinah. Pelbagai peristiwa aneh berlaku di Malaysia, namun kita hanya menganggap perkara tersebut sebagai kebesaran Allah ataupun kejadian semulajadi alam semesta atau fenomena alam.
Namun ada satu keajaiban yang tiada di Malaysia, iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. 2 Masjid ini adalah ‘keajaiban’ yang semua orang telah ketahui dan patut dimasuki setiap umat Islam.
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi Muhammad SAW sabdanya : 

"Tidak disyaratkan mengadakan perjalanan  (untuk tujuan ibadat) kecuali tiga buah masjid: Masjidil Haram di Makkah, Masjidi an-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa" Hadis Al-Bukhari

Antara kelebihan ketiga-tiga masjid ini,

Dari Abu Hurairah RA Rasulullah SAW telah bersabda 
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Kemudian diterangkan lagi dalam sebuah hadis yang bermaksud: Dari  Jabir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, 

"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Makkah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."


Melihat Kaabah akan mendapat 20 Rahmat. 

Makkah dan Madinah mempunyai banyak kelebihan. Semua jemaah haji yang mengerjakan haji  ke sini boleh melihat dan merasai pelbagai perkara ajaib. Rebutlah keajaiban tersebut semaksimum mungkin.. Perbanyakkan masa di dalam masjid bukan dihotel. Berapa ramai yang sanggup begitu? Jika mahu berehat, saya fikir hotel di Malaysia lebih kemas, teratur, ada kolam renang, ada SPA dan tidak perlu berebut-rebut naik lif. Tapi hakikatnya, ramai dikalangan jemaah lebih gemar merasa aircond di Hotel dari sedikit berpanasan di dalam Masjid.
Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat:
·           60 rahmat untuk orang yang tawaf.
·           40 rahmat untuk mereka yang solat dalam kawasan Masjidil Haram.
·           20 rahmat lagi untuk mereka yang melihat Kaabah.

Melihat Kaabah sahaja akan dapat 20 rahmat. Kita takkan dapat rahmat ini di Malaysia. Maka tak perlulah kita bersusah payah mencari perkara ajaib di Makkah.
Disebutkan dalam hadis Jabir bin ‘Abdullah katanya maksudnya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja" (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata yang lain, jika ia meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya, jika ia meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya, dan jika ia meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Beberapa bulan sebelum berangkat, saya sering berdoa kepada Allah


Air Zam-zam dipam dan di tempatkan disini bersebelahan dengan rumah kelahiran Nabi
(sekarang adalah perpustakaan). Keluar dari pintu Marwah dan carilah Perpustakaan ( Maktabah)

“Ya Allah, berikanah kami kesihatan yang baik dan jauhkanlah kami dari kemalangan, rempuhan manusia kecederaan & penyakit berjangkit”

Alhamdulillah, saya dapat melakukan ibadah dengan aman tanpa sakit yang teruk. Hanya sedikit selsema, batuk dan sengal kaki. Namun sakit tersebut tidaklah sampai membebankan dan saya masih mampu berjalan dan meneruskan ibadah yang lain.

“Ya Allah, tutup hati kami dari melakukan shopping”

Saya hanya baru membeli 3 CD mengaji oleh imam Masjid Al Haram selain makanan dan keperluan harian, sedangkan ada jemaah telah menghabiskan hampir SR800 untuk kos pos sahaja ke Malaysia. Ini tidak termasuk kos barang yang dibeli. Ini cerita yang didengari dari telinga sendiri semasa di Makkah. Ada antara mereka sudah menceritakan lokasi kedai-kedai untuk murah berbelanja, namun langsung saya tidak tertarik dengan cerita-cerita itu. Saya hanya berkata pada mereka, “Tunggulah, saya cari lepas wukuf”

“Ya Allah, tempatkanlah aku di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram”
Alhamdulillah, hotel Qasr Al Janadriyyah adalah antara hotel Muassasah TH yang terdekat dengan Masjidil Haram berbanding 7 hotel Muassasah TH yang lain.

Ya Allah, tempatkan aku Hotel di tingkat yang rendah
Ketika kami sampai, tingkat 8 adalah yang terendah sebelum jemaah lain sampai seminggu selepas itu. Tingkat 2-7 tidak ada penghuni lagi ketika kami tiba. 

Kemakbulan doa semasa di Makkah adalah sesuatu yang bukan ajaib, itulah hak Allah untuk diberikan kepada hambaNya yang meminta. Ya.. tidak ada hadis yang menyebut perkara ajaib di Makkah,  namun hadis-hadis ada menyebut mengenai kerahmatan yang ada dibumi Makkah. 

Itulah ‘keajaiban’ yang tiada di Malaysia. Rebutlah. Jangan sia-siakan peluang haji yang hadir mungkin sekali seumur hidup!

Link ke  Travelog Haji 17: Semangat Membantu di Makkah
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email kepada msyazli@gmail.com. Percuma.


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:





Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

3 comments:

  1. Good sharing abg syaz..semoga kita semua akan jadi tetamu Allah lagi nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahan dijemput lagi menjadi tetamunya..insyaallah

      Delete
  2. dulu sy ke mekah utk umrah bawak baby.
    hotel pula jauh..

    mmg sy hanya dapat ke masjidil haram dalam 3-4 kali je, solat dan tawaf. Akibat tak larat nak dukung anak..

    tapi sy syukur..at least dpt juga ke sana..rindu nak pergi lagi..

    ReplyDelete