Friday, December 9, 2016

Travelog Haji 9: Hotel Qasr Al-Janadriyah


Travelog Haji 9: Hotel Qasr Al-Janadriyah

Alhamdulillah, inilah doa yang ku bacakan beberapa bulan sebelum keberangkatan ke Makkah:

Ya Allah, tempatkanlah aku dihotel yang berhampiran dengan Masjidil haram. Moga dapat menginap ditingkat yang rendah dan rakan sebilik yang saling ingat mengingati. Jahuilah kami rakan sebilik dari berbalah dan bermasam muka dan semoga perkenalan kami berkekalan hingga keakhir hayat..

Kedudukan Hotel Qasr Al janadriyah dari Masjidil Al Haram

Hotel kami adalah antara hotel yang paling hampir dengan masjidil Al Haram jika dibandingkan dengan 8 hotel-hotel lain Muassasah TH. Jarak kira-kira 800 meter dari pintu laluan Marwah. Saya ditempatkan bilik 816 di tingkat 8.  Tingkat 8 adalah yang paling rendah untuk KT26. Tingkat 2-7 masih belum ada penghuni lagi ketika kami sampai. Rakan sebilik seramai 4 orang adalah satu rahmat di Makkah kerana tidak perlu berebut untuk menggunakan bilik air. Sepanjang lebih 30 hari kami di Makkah, bilik air tidak menjadi masalah kepada kami, malahan semua rakan sebilik boleh menggunakan bilik air dan membasuh baju tanpa menggangu rakan sebilik yang lain. Bilik Aza hanya sebelah bilik sahaja.

Lokasi Hotel Mussasah TH pada tahun musin Haji 2016

Semua perkhidmatan TH ada di hotel ini seperti Klinik TH, kaunter kewangan TH dibuka sehingga 10 malam, Poslaju, italk, agen dobi, jualan makanan di lobi dan mesin air minuman di setiap tingkat.  Namun setiap kali waktu solat, semua servis ini terpaksa dihentikan kerana lobi hotel ditukar menjadi surau. Ramai jemaah yang uzur akan bersolat di lobi sahaja.

Hotel Qasr Al Janadriyyah di pintu utama. Tiap pagi ada warga Patani akan menjual sarapan. Hampir semua masakan Malayu seperti nasi lemak, nasi goreng, Nasi Dagang, mee goreng laksam, karipap, Apam dan macam-macam ada dijual. Rasa lebih kurang shj maca Malaysia. Harga.. mahal sikit je dari Malaysia

View Hoter Qasr Al Janadriyyah dari tempat sidai baju. Very Nice View!

Namun, keselesaan di Hotel Qasr Al Janadriyah hanya seketika sahaja. Selepas 2 minggu, jemaah dari KT lain kian memenuhi hotel. Lif semakin sesak.  Berhimpit-himpit dalam lif macam sardin.  Ada jemaah yang ingin turun ke bawah, tetapi naik dulu keatas kerana tidak mahu lif tersebut penuh ketika sampai di tingkatnya. ( i.e dari tingkat 7 hendak ke G, tetapi masuk lif naik terlebih dahulu). Jadi, bagaimana orang di tingkat atas nak masuk lif?  Ada jemaah naik ke tingkat satu menggunakan tangga dan masuk lif dari tingkat 1. Macam-macam ragam manusia ada walaupun di tanah suci. Sebelum ini kami sidai baju di tingkat atas sekali, tapi kali ini hanya menyidai di ruang tangga sahaja kerana tak sanggup nak menunggu lif untuk naik ke bumbung hotel.

Lokasi Hotel Qasr Al Janadriyah


Surau di Hotel pada awal ketibaan kami, boleh memuatkan semua jemaah kini sudah tidak lagi boleh memuatkan bilangan jemaah yang semakin ramai. Waktu Asar dan Zohor adalah paling kritikal kerana ramai jemaah tidak ke Masjid Al Haram. Suhu pada tengahari antara 40-45 Celcius yang mana kebanyakkan orang kita tak tahan dengan suhu yang panas sebegini. Ramai jemaah mengadakan solat jemaah di tingkat masing-masing sahaja. Menurut mereka, ruang depan pintu lif disetiap tingkat boleh memuatkan 40 jemaah.  Nak turun ke lobi merupakan masalah yang besar bagi semua jemaah kerana lif sentiasa penuh terutama 15 minit sebelum dan selepas waktu solat.

Cuba Cari Hotel Qasr Al Janadriyah?


Bagi menguruskan surau Qasr Al Janadriyyah, AJK sementara di buat dan tabung derma di wujudkan. Saya turut serta pada mesyuarat pertama dan terus dilantik menjadi Setiausaha surau. Aktiviti surau dihidupkan. Ramai dikalangan jemaah yang hebat-hebat dan ilmuan-ilmuan agama yang tinggi.  Alhamdulillah, AJK Surau berjaya mengesan mereka dikalangan jemaah haji yang ilmuan dan agamawan  dan menjemput mereka memberikan ceramah dan tazkirah selepas Maghrib dan kuliah Dhuha. Sekurang-kurangnya terisi jugaklah masa jemaah-jemaah haji dengan majlis-maslis ilmu. Dana yang ada dibeli Al quran, sejadah, rak Quran dan jam solat serta diberi cenderahati kepada penceramah-penceramah  undangan. Aktiviti surau terus rancak sehinggalah AJK dibubarkan ketika kami berangkat ke Madinah.

View dari   bumbung (tempat sidai baju) Hotel Qasr Al Janadriyah. Alhamdulillha.. satu pemandangan yg amat cantik dari Hotel terus boleh nampak Masjid Al Haram.

Hotel Qasr Al Janadriyah boleh di lihat di photo ini





 
Dapatkan teks penuh Travelog Haji dengan email ke msyazli@gmail.com


Pautan Travelog Haji : Aku Menyahut SeruanMu tahun 2016/1437H:


Travelog Haji  ini merupakan coretan saya ketika menunaikan ibadat Haji  pada tahun 2016 / 1437H. Ya Allah, aku mohon ampun jika apa yang ditulis ini boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri ini.

Travelog  ini bukan panduan mengerjakan Haji dan apa yang ditulis berkemungkinan ada kekurangan dan kesilapan oleh itu diminta sesiapa yang membacanya dapat memberi teguran. Mudah-mudahan dapat dijadikan panduan kepada pembaca tentang apa yang perlu dilakukan apabila berada di tanah suci nanti. Semoga bakal Jemaah Haji dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dari apa yang telah saya lalui

msyazli@gmail.com

No comments:

Post a Comment